Selamat Datang

Rabu, 14 Julai 2010

Kena kerja kuat lagi bagi PR


Tanpa anjakan 20 peratus undi Pakatan kena lupakan Sarawak
Oleh Debra Chong
July 13, 2010

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Kira-kira lima peratus anjakan sokongan ketika pilihan raya umum 2008 menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) menguasai lima negeri di Semenanjung, tetapi pesaing Barisan Nasional (BN) ini memerlukan peralihan hingga empat kali ganda undi untuk bertapak di Sarawak.

Penganalisis politik Faizal Hazis berkata, impian PR untuk mengambil alih Putrajaya dengan menawan Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 adalah sesuatu yang “tidak munasabah”.

PR hanya mempunyai lapan kerusi di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi.

DAP mempunyai enam kerusi manakala PKR dan Snap masing-masing satu kerusi.

“Untuk mengubah kerajaan negeri, ia memerlukan peralihan sekurang-kurangnya 20 peratus undi, yang bersamaan dengan 36 kerusi,” kata ketua jabatan politik dan hubungan antarabangsa Universiti Malaysia Sarawal (Unimas).

Beliau baru-baru ini menyertai firma kajian pungutan suara umum Merdeka Center untuk menyediakan analisis tingkah laku pengundian di Sawarak.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Antara Kesinambungan dan Perubahan”, Faisal berkata terdapat 21 kerusi marginal ataupun yang kemungkinan dikuasai oleh PR.

Daripada 21 kerusi itu 11 adalah kawasan Cina, tujuh lagi kawasan bukan Islam Bumiputera dan tiga kerusi Islam Bumiputera.

Dengan lapan kerusi di tangan PR, tambahan 21 kerusi tidak cukup untuk menafikan majoriti dua pertiga parti yangh memerintah di Dewan Undangan Negeri, kata beliau.

Oleh kerana politik Sarawak tidak terikat berdasarkan elemen kaum, Faisal berkata pengundi lazimnya akan mengundi mengikut keutamaan parti.

Pengundi-pengundi khususnya Bumiputera mahukan parti yang boleh memenuhi keperluan mereka.

“Umumnya ini bermakna Barisan Nasional,” kata beliau sambil menambah, strategi tradisi BN untuk mengumumkan projek pembangunan dilihat masih kekal sebagai pendekatan efektif untuk memastikan penguasaan sejumlah besar undi.

Beberapa faktor jangka pendek dijangka masih memihak kepada PR, kata Faisal dengan merujuk kepada perhimpunan seperti Bersih dan Hindraf di Malaysia Barat dan kempen “Allah” oleh DAP semasa pilihan raya kecil Sibu dua bulan lalu.

Faktor-faktor itu belum mencukupi di Sarawak memandangkan pengundi masih mengharapkan kelayakan calon-calon semasa.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan 64 peratus pengundi masih menyokong BN kerana mereka merasakan ikatan ini berupaya untuk membawa pembaharuan.

Kedua-dua Faisal dan Merdeka Center mengakui hasil kajian itu bukan sesuatu yang muktamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails