Selamat Datang

Khamis, 15 Julai 2010

PEMIMPIN UMNO JOHOR TAK LAYAK ULAS JUAL PASIR SELANGOR




Malam tadi , TV3 punyalah heboh macam jom heboh sampai 15 mint (makan masa berita buletin utama , sepatutnyanya buatlah rancangan khas pasir jer almaklumlah UMNO biasa kerja masukkan pasir dalam periuk kawan seUMNOnya dan sebab itu bila mesyuarat sure gaduh punyer) pasal kes pasir jer dan Dr khir Toyo penganugerah penyapu kepada Tukiman Nail YDP Majlis Hulu Selangor pun ligat memposingkan dirinya ala tunjuk kehero biruannya.
Yang TPM pula lupa negerinya sendiri dah jual pasir 3 tahun sampaikan Tun Mahathir pun selalu sentuh penjualan pasir ke Singapura itu.
Laporan akhbar The Star 24 June 2010 mendakwa bahawa pasir bernilai jutaan ringgit telah secara haram dikeluarkan dari Sungai Johor. Dan ini telah berlaku sejak 3 tahun yang lalu. Penyiasat The Star mendapati pasir tersebut dijual ke Singapura. Siap dengan peta terperinci lagi macam mana pasir Johor ini dibawa keluar. TPM kata Khalid tak mampu urus isu curi pasir, nampaknya kena batang hidung TPM sendiri.

Adakah penyiasat akhbar The Star lagi cekap dari Polis Malaysia dan SPRM ?

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan isu kecurian pasir yang semakin meruncing di Selangor amat membimbangkan kerana khazanah alam sekitar dirosakkan dengan rakus atas kepentingan peribadi, sekali gus membuktikan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mampu menguruskan isu itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu sangat serius dan seperti terabai tanpa diambil tindakan tegas oleh kerajaan negeri serta seolah-olah ada pihak bersubahat atau mungkin berlaku elemen rasuah. "Bagi saya, soal (isu kecurian pasir) yang agak mudah tetapi menjadi rumit hanya kerana tidak mahu mengambil tindakan tegas... hentikan perkara itu, tangkap saja siapa yang membuat kesalahan dan hukum kerana (kerajaan negeri Selangor) kata kerajaan mereka bersih. "Apabila tindakan tidak dilakukan bermakna subahat. Ia perkara yang agak mudah, mengapa tidak ambil tindakan. Bukan hendak bincang dalam dewan negeri tetapi tindakan tegas pihak kerajaan negeri.

"Jelas, kerajaan Abdul Khalid macam tidak mampu menguruskan perkara sebegitu. Dia ada penasihat... dia pakar. Datuk Seri Anwar Ibrahim penasihat kerajaan negeri, tetapi dia tidak tahu hendak urus soal pasir," katanya.

Muhyiddin berkata, isu kecurian pasir di Selangor sudah terdedah seluas-luasnya dalam media, termasuk dikatakan ada pihak mahu mengaut keuntungan ratusan juta ringgit.

Justeru, beliau berkata, kerajaan Selangor tidak boleh berdiam diri kerana bidang kuasa berkaitan tanah, pasir dan sumber adalah di bawah pihak berkenaan dan bukan Kerajaan Pusat.

"Semua orang bimbang apabila keadaan pasir yang cantik, alam sekitar yang elok, diganggu hanya kerana untuk kepentingan diri dengan rakus," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails