Selamat Datang

Khamis, 15 Julai 2010

Karnival Rakyat Hormoni dapat sambutan



Mohd Sabri Said

BALIK PULAU, 15 Julai: Program Karnival Rakyat Hormoni anjuran bersama Tunas Indah Niaga Enterprise dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diadakan di perkarangan Kompleks Sukan Balik Pulau, baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat.

Paling jelas hampir 10 ribu orang datang ke progam penutup sempena cabutan bertuah yang dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husein dan Pengerusi JKKK Pondok Upeh, Mohd Taufik Sulong.

Pengunjung begitu sabar menanti pengumuman pemenang kereta dan hadiah sebuah motosikal, televisyen serta barangan elektrik daripada penganjur sebagai menghargai mereka datang berbelanja ke karnival tersebut.

Pengurus Syarikat Tunas Indah Niaga Enterprise, Drs Nazri Abdullah berkata, progam berkenaan dapat menghimpunkan keseluruhan masyarakat sama ada Melayu, Cina mahupun India untuk bersama-sama membeli barangan keperluan seharian sambil berhibur bersama artis tanahair seperti Amy Search, Aishah, Pak Long, Ustaz Akil Hayy dan pengacara Semanis Kurma di TV9, Datuk Bahyah Mahmud dan suaminya, Wan Akasyah.

"Anda boleh jadikan 'Karnival Rakyat Hormoni' sebagai lokasi segala pertemuan masyarakat bahkan menjalinkan hubungan demi kebaikan bersama selain mendapat info tentang kerajaan negeri," ujarnya.

Bagi Penasihat Mutiara Infaq, Zolkiply Md Lazim pula berkata, pengunjung dapat bersama-sama menyumbangkan kewangan untuk membantu anak yatim setempat, Rumah Anak Yatim Maya.

“Melalui program ini penganjur akan meraikan bantuan anak yatim yang masih tinggal dengan keluarga di malam pertama karnival.

"Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan bantuan kepada anak-anak yatim mereka boleh berikan kepada Jawatankuasa Mutiara Infaq yang hadir di malam pertama karnival berkenaan," katanya.

Sementara itu, Abdul Halim ketika berucap dalam program tersebut menjelaskan beberapa info berguna untuk rakyat di Balik Pulau berkaitan program anjuran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Tidak dinafikan ada sebilangan masyarakat yang tidak yakin dengan kemenangan Pakatan Rakyat. Jadi menerusi kegiatan karnival ini boleh membantu kerajaan menerangkan berbagai program yang sedang dan telah dilaksanakan sepanjang tempuh pemerintahan," ujarnya.

Pada malam tersebut Azri Ahmad anak kepada petugas Adun Teluk Bahang, Datuk Dr Helmi Yahya memenangi cabutan bertuah iaitu sebuah kereta terpakai Proton Eroback yang disampaikan oleh koordinator karnival, Zaini Abu Hasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails