Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan
Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah
wajib.
Beliau
menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan
hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).
Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya
diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses
pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.
“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib
kita tentang,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di
pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal
diadakan pada 28 April ini.
Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau
hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas
ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.“Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan
mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju
atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir
negara pada pilihanraya berikutnya.
“Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar
yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,”ujarnya lagi.
Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup
adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak
ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.
Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar
beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan
tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara
lain.
Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam
pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya
adalah ‘haram’ di sisi Islam.
“Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai
wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi
Islam.
“Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan
akhirat,”ujarnya.
Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup
menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang
diberikan sebagai imbuhan juga haram.
“Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat
lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak
bergantung pada kita,”ujarnya lagi.
OH HUKUMNYA WAJIB, AKU INGAT SUNAT. KALAU HANTU TAK BOLEH, SYAITAN TAK APA KE? SEBAB DULU TGNA KATA BOLEH KAWAN NGAN SYAITAN, JADI HANTU DGN SYAITAN TU KAN TAK JAUHHH?
BalasPadam