Selamat Datang

Selasa, 17 April 2012

MALAYSIA KE ARAH NEGARA MUFLIS DI BAWAH PEMERINTAHAN UMNO BN

PESURUHJAYA PAS PERAK.jpgIPOH, 16 APR : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan, dakwaan pemimpin Umno-BN bahawa negara bakal muflis sekiranya 

Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk pemerintahan, dan menunaikan tiga janji mereka adalah satu tuduhan jahat dan langsung tidak berfakta.
Sebenarnya Umno-BN perlu faham bahawa perkara yang menyumbang kepada negara muflis adalah disebabkan pembaziran melampau, pengurusan tidak telus  dan subsidi yang terlalu besar kepada kroni mereka. 
Beliau menyatakan bahawa pentadbiran Umno-BN sepatutnya mengambil iktibar daripada cara pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat.

Di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat  pengurusan lebih telus, berhemat serta berjimat telah mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.
Memetik ucapan beliau,
“Di Selangor, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tawas dan sebagainnya yang dilaksanakan untuk rakyat tidak menjadikan negeri itu muflis”
“Di Kedah pula, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menurunkan cukai tanah dan dapat meningkatkan hasil balak daripada pentadbiran yang telus”
Tegasnya, janji yang ditawarkan Pakatan, antaranya gaji minima RM1,500 sebulan dan pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tidak akan merugikan negara.
 “Sekiranya kerajaan berupaya membersihkan amalan rasuah dan kronisme yang diamalkan dalam pentadbiran negara, maka ekonomi dapat berkembang dengan baik, sekaligus menjadi jaminan untuk mengelakkan negara muflis,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa, keadaan ekonomi negara yang merudum juga menunjukkan bahawa kerajaan sekarang kurang berdaya saing dengan negara luar sehingga mengakibatkan kos pentadbiran semakin tinggi.
 “Dari segi itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa mereka bukanlah pemerintah yang baik.
“Jadi, rakyat sudah cukup jelas bahawa kerajaan sekarang perlu digantikan supaya Pakatan dapat tunjukkan satu formula dan pendekatan lebih baik, murah, kompetetif untuk mengurus tadbir negara,” katanya
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails