Selamat Datang

Selasa, 24 April 2012

Bersih 3.0 kekal di Dataran Merdeka

Anis Nazri, 24 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 meneruskan program Duduk Bantah di Dataran Merdeka, 28 April ini walaupun polis menolak permohonan mereka sebelum ini.

Keputusan itu dicapai sebulat suara selepas mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, malam tadi.

Menurut jawatankuasa itu, Duduk Bantah akan diteruskan di Dataran Merdeka atas beberapa sebab, iaitu lokasi tersebut yang mudah didatangi dengan pelbagai kemudahan awam seperti sistem aliran ringan (LRT), komuter, monorel dan bas.

Selain itu juga, Dataran Merdeka juga merupakan tanda negara bangsa dan kebebasan anak semua bangsa. "Maka amat sesuai dan tepat untuk rakyat berhimpun kerana Dataran Merdeka sebagai kawasan umum, di mana warga menunjukkan semangat patriotik," tegas kenyataan yang dikeluarkan kepada Harakahdaily, hari ini.

Sambil menyatakan keyakinan bahawa pihak polis boleh menjaga keselamatan pada hari tersebut, Bersih 3.0 percaya tiada sebarang kekacauan yang timbul sekiranya mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak polis.

Lebih-lebih lagi, apabila Duduk Bantah ini diakui sendiri Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, tidak mengancam keselamatan negara.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan Bersih 2.0 untuk menggunakan Dataran Merdeka, dengan menawarkan lokasi alternatif, Stadium Cheras dan Stadium Titiwangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails