Harakahdaily, | 10 Apr 2012 |
IPOH, 10 April: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian (gambar)
berkata, penegasan Perdana Menteri untuk tidak menghapuskan pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti diumumkan
di Batu Pahat Sabtu lalu jelas menunjukkan kerajaan BN tidak memikirkan
nasib generasi muda di negara ini.
Beliau berkata, pimpinan Datuk Seri Najib Razak telah menunjukkan sikap tidak ambil peduli suara anak muda berhubung isu PTPTN, dan ianya membuktikan kelemahan pemimpin Umno BN menguruskan sumber ekonomi negara.
Menurut beliau, Najib terpaksa membohongi rakyat dengan menyebut jumlah keseluruhan pinjaman tersebut sebanyak RM43 bilion, padahal jumlah pinjaman peminjam seramai 1.9 sehingga akhir 2012 hanya berjumlah RM28 bilion sahaja.
Katanya, apabila Pakatan Rakyat memberikan komitmen untuk menghapuskan hutang PTPTN sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 ini telah menyebabkan pemimpin Umno BN bercelaru dan buntu.
“Kita ingin memberi jalan dan harapan baru kepada anak muda khasnya yang masih belum bekerja dan kebanyakan mereka diburu surat lawyer yang akan mengheret mereka ke mahkamah.
“Hutang PTPTN ini telah mengekang kehidupan anak muda, ia menjadi beban buat lepasan mahasiswa yang baru ingin memulakan kehidupan,” ujarnya.
Justeru, jelas Pesuruhjaya PAS Perak itu, Umno BN kini panik dalam isu PTPTN, mereka sudah tidak tahu bagaimana formula untuk mengatasinya, lantaran itu mereka mudah menghukum negara akan bankrap kalau wang PTPTN itu dilupuskan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA