Mohd Sayuti Omar, | 19 Apr 2012 |
Sebelum ini sudah ada berbagai-bagai pihak membuat ramalan mengenai pilihan raya. Tarikh atau ketika popular ialah Mac. Ternyata Mac sudah pun berlalu pergi. Kini tarikh baru diberikan iaitu pada Jun. Apakah alasan Jun ini?
Menurut Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu percakapan dengan saya, beliau yakin parlimen akan dibubarkan tidak selepas Jun. Alasan Tengku Razaleigh waktu terbaik ialah pada sebelum Jun sebab kalau selepas Jun Umno bermasalah. Masalah besar Umno menurutnya kerana Umno sudah ketiadaan wang.
Memang Umno sudah membahagi-bahagikan wang kepada rakyat dalam bentuk-bentuk yang disihirkan untuk tidak dilihat ianya rasuah politik. Tetapi semua pemberian itu termasuk BR1M bukan ikhlas melainkan ia rasuah politik. Kalau pun yang masih belum dibahagikan tetapi sudah dijanji ialah kepada peneroka Felda diramalkan setiap peneroka bakal menerima RM1,000 seorang.
Penjawat awam juga sudah mulai menerima habuan masing-masing. Bonus yang dijanjikan sudah dimaksukkan ke dalam akauan. Ada yang menerima di antara RM500 hingga RM1,000.Berdasarkan itu Tengku Razalegih mengira Umno sudah kekeringan wang? Soalnya apakah semudah itu Umno akan kehilangan sumber? Untuk mendapat kuasa kemudian dengan kuasa boleh mendapatkan wang membayar balik perbelanjaan pilihan raya atau untuk berbelanja apa-apa saja termasuk membayar artis jutaan ringgit, banyak pelabur yang ingin menanam budi. Umno sebagai parti yang sudah ada banyak konteks kewangan mudah mendapat wang. Pelabur, korporat syarikat GLC dan sebagainya akan melempat duit kepada UBN.
Wang kali ini adalah kekuatan utama Umno. Kalau sebelum ini wang dikombinasi dengan wibawa Umno, tetapi bukan kali ini. Umno sudah tidak ada wibawa kini. Justeru parti itu akan menggunakan wang sebanyak mungkin. Kalau dalam pilihan raya lalu melibatkan perbelajaan ratusan billion kali ini mungkin ribuan billion. Selain wang Umno juga akan menggunakan kekerasan hatta nyawa demi kemenangan. Dalam keadaan terdesak dan perjuangan ini di antara hidup dan mati Umno akan membayar dengan darah.
Itu sebab Umno meletakkan syarat dan matlamatnya untuk bangsa. Najib pernah bersumpah akan mempertahankan Putrajaya hingga ke akhir hayat. Semua kata-kata dan slogan perjuangan itu menunjukkan Umno akan menjadi gila lebih gila dari gila-gila sebelum ini. Penggunaan kekerasan ini sudah pun bermula, beberapa siri mengganggu majlis Pakatan Rakyat adalah buktinya. Dari sekecil perkara hingga sampai sebesar perkara dilakukan Umno. Sebelum ini mana ada idea Umno untuk mengibarkan bendera BN di stesen komuter tetapi kali ini dilakukan. Ini menunjukkan keterdesakan parti itu.
Mengenai keganasan yang berlaku di seluruh negara, kecuali Sabah dan Sarawak, ada orang cuba menafikan itu bukan atas arahan Umno. Saya hendak tanya secara logik kalau bukan Umno masakan para samseng bertindak sendiri, jauh sekali arahan beruk dan lotong.
Persoalan sekarang bila Parlimen akan dibubarkan dan bilakah tarikh PRU 13. Ada dua indikator yang saya lihat akan digunakan untuk membubar Parlimen. Indikator ini akan diguna pakai oleh Najib sebab beliau berkuasa dalam soal menentukan parlimen dibubarkan dan bila tarikh pilihan raya umum akan diadakan.
Pertama, ialah himpunan Bersih, Duduk dan Bantah yang akan diadakan pada 28 April ini. Peristiwa ini akan dijadikan penanda aras sejauh mana sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Umno beriya dan bersungguh benar mengagalkan himpunan ini. Sekiranya himpunan ini gagal mengundang lebih 100,000 demostran ia menggembirakan Umno.
Kerana itu Umno cuba tidak memberi publisiti kepada himpunan kali ini agar ia tidak diberikan sambutan ghairah. Provokasi seperti himpunan Bersih 2.0 sebelum ini tidak dilakukan. Hari ini mana adalah istilah himpunan Bersih sebagai haram. Mana ada lagi report polis oleh NGO atau perrtubuhan-pertubuhan sengket. Begitu juga dengan polis tidak diam membisu dan tidak ada sepatah arang pun komen kepada himpunan Bersih.
Ada dua sebab kenapa ini wujud. Pertama kerana UBN (kerajaan) ingin menguji akta himpuan aman yang dilulus baru-baru ini apakah ia berkesan atau tidak. Umno tidak mengacau dan membuat provokasi agar ia berlangsung dalam keadaan aman. Dengan itu ia akan mengesahkan bahawa akta itu berjaya.
Kedua, kerana pengalaman dialami pada Bersih 2.0 cukup memberi pengajaran. Disebabkan tindakan polis kelihatan nampak tegas dan menguar-uarkan kepada umum himpunan itu haram menyebabkan ia memberi suasana lain. Rakyat bingkas tidak mempedulikan amaran polis. Provokasi polis menyebabkan Bersih 2.0 berjaya.
Tindakan dan taktik polis itu sebagai reverse saikologi. Ia nampak berjaya hari ini bila mana mana mood rakyat kepada Bersih 3.0 kali ini nampak tidak begitu bersungguh. Sehingga ke hari ini suasana Bersih masih belum wujud di mana-mana. Wap Bersih belum memandikan tubuh rakyat. Kelanggaran polis kali ini nampak jelas sekali bila mana T-shirt Bersih berwarna kuning boleh dijual di mana-mana tidak seperti dulu peniaga pun dikejar sampai ke dalam reban ayam.
Sekiranya Bersih 3.0 ini hangat dan lebih 100,000 apa lagi mencecah 500,000 seperti mana diharapkan kemungkinan pilihan raya ke 13 akan dilambatkan. Apa lagi kalau perayaan Umno pada 1 hingga 13 Mei lesu dan tidak bermaya kemungkinan ia akan dibawa hingga ke tahun depan.
Indikator kedua yang akan diguna pakai Umno ialah majlis sambutan Umno pada 11 Mei yang akan bermula pada 1 Mei. Umno akan mengadakan bermacam-macam majlis dan program untuk menarik sokongan rakyat. Kemuncak sambutan ini ialah di stadium Bukit Jalil. Umno mensasarkan suku ahlinya (1 juta) hadir pada majlis berkenaan.
Sekiranya angka itu dapat dicapai dan angka di Bersih kurang 100,000 kemungkinan besar parlimen akan dibubarkan pada pertengah Mei dan pilihan raya akan diadakan pada Jun. Tarikh yang disebutkan pembubaran parlimen ialah antara 16 hingga 23 Mei manakala hari mengundi ialah pada 9 atau 18 Jun.
Sama-sama kita tunggu kepada kedua-dua majlis dan himpunan berkenaan. Kedua himpunan itu adalah perang saraf terakhir bagi kedua-dua pihak Pakatan Rakyat dan UBN. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA