Selamat Datang

Sabtu, 21 April 2012

Gambar : Sekitar Himpunan Pra Bersih 3.0 Di Shah Alam
















Sumber gambar DISINI dan DISINI

SHAH ALAM: Sebelum Dataran Merdeka dibanjiri 500,000 rakyat sempena Bersih 3.0 pada 28 April ini, Dataran Shah Alam terlebih dahulu bertukar menjadi serba kuning.

Ia berikutan lebih 200 masyarakat pelbagai kaum dengan memakai t-shirt Bersih 3.0 berhimpun selama dua jam mulai jam 3 petang sebagai acara pemanas badan.
Imbang Penuh
Bertema ‘Sembang-sembang, Duduk-duduk, Bantah-bantah’, perhimpunan itumenarik perhatian orang ramai manakala pemandu kenderaan yang lalulalang membunyi hon tanda sokongan.

Beberapa invididu pula mengambil kesempatan menjual mafla, topi dan t-shirt bersih 3,0 aneka corak yang mendapat sambutan luar luar biasa hingga penjual tidak menang tangan.

Dalam acara anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Prorakyat Selangor dengan diketuai presidennya, Khairul Anuar Othman, pemimpin parti politik turut menyampaikan kata-kata perangsang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim mengajak rakyat Selangor menyertai Bersih 3.0 kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah agensi ‘ngapusi.’

Merujuk penyelewengan dan manipulasi daftar pemilih SPR yang diperalat kerajaan Umno,beliau berkata, ngapusi dalam bahasa Jawa bermakna penipu.

Khairul pula meminta rakyat tidak terpedaya dengan helah media arus perdana yang cuba menggambarkan daftar pemilih SPR sudah bersih sedangkan banyak kes lapuk gagal dibaiki.

“Sistem pilihan raya di Malaysia ini perlu direformasi. Terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam SPR yang langsung tidak dibaiki,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails