Anis Nazri, | 17 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 April:
31 individu daripada pelbagai latar belakang dijangka bakal mengegarkan
Kelab Sultan Sulaiman, pada program '10 hari menjelang Bersih 3.0',
malam ini.
Program yang dijadualkan bermula jam 8 malam itu membariskan bukan sahaja ahli politik, tetapi juga para budayawan, artis terkenal, aktivis mahasiswa dan masyarkat.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, berkata program pada malam ini juga turut menampilkan nama-nama yang agak asing dari Pakatan Rakyat, seperti bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir; dan anak Allahyarham Tun Ghafar Baba, Tamrin Tun Ghafar.
"Selain mereka, para budayawan, anak muda, dan mahasiswa yang hadir malam ini akan berdiri menyatakan pendirian mereka tentang Bersih 3.0, selain penampilan khas artis terkenal, Aisyah," tegas Chegu Bard ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Program anjuran SAMM dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu juga pertama kali dianjurkan oleh 39 NGO anak-anak muda dan mahasiswa.
Menjangkakan kehadiran rakyat tidak kurang 10 000 malam ini, Chegu Bard memaklumkan, malam ini juga tetamu yang hadir akan diperdengarkan lagu khas sempena Bersih 3.0 yang berjudul 'Mentari Kuning, menyalalah' nyanyian Amin Iskandar atau Black.
Selain ucapan, pelbagai program seperti nyanyian, dan deklamasi sajak turut dipersembahkan.
Pada malam ini juga, baju t Bersih 3.0 akan dijual dengan harga kos RM11 kepada tetamu yang hadir, bagaimanapun pihak penganjur hanya mencetak sebanyak 1000 helai sahaja.
"Kita mendapat maklumat ramai di kalangan rakyat yang berminat dengan baju ini, bgaimanapun merungut ia agak mahal. Jadi, pada malam ini hanya 1000 pembeli yang akan mendapat baju ini dengan harga RM11," kata beliau.
Program ini juga dijangka akan turut disertai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin Abdullah; Datuk A. Samad Said; wakil mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim; dan Pengerusi SMM, Mohamad Safwan Anang.
Program ini sebagai satu program 'countdown' menjelang perhimpunan man Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, 28 April ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA