Selamat Datang

Jumaat, 20 April 2012

Nik Aziz dijangka rasmi Generasi Bermaruah esok

Khairul Azlam Mohamad, 20 Apr 2012
KUALA NERUS: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan berada di Terengganu bagi merasmikan Himpunan Generasi Bermaruah dan Pelancaran Pendidik Peringkat Negeri Terengganu.

Majlis perasmian akan diadakan di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, Kampung Tok Jiring, Jalan Kelantan, pada hari Sabtu, 21 April jam 2.00 hingga 5.00 petang,

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata program himpunan tersebut dalam usaha bagi mengembalikan kegemilangan Islam.

Katanya, terlalu banyak kepincangan berlaku dalam masyarakat hingga ajaran Islam dikesampingkan dalam kehidupan orang Islam sendiri.“Kita (PAS) peringkat pusat mengambil tanggungjawab ini untuk mengembalikan maruah Islam dan agamanya. Sejarah silam membuktikan kegemilangan Islam di masa lampau.

“Kepincangan dan maksiat terlalu banyak berlaku dalam masyarakat dan cara hidup dikesampingkan oleh orang Islam sendiri,” jelasnya pada satu sidang media, di pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, semalam. (Gambar atas)

Program Membangunkan Generasi Bermaruah itu bermula seawal jam 10.00 pagi dengan pengisian kuliah dhuhanya oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Pada sebelah petangnya, diadakan juga suatu Forum Membangun Generasi Bermaruah oleh ahli panelnya, mantan Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Adnan Ibrahim, mantan Pengarah Pelajaran Terengganu, Mohd Omar Ab.Rahman dan Deraman Muda serta moderatornya Khairuddin Zakaria.

Manakala, ceramah perdananya akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Antara pengisian program seperti rawatan dan pengubatan As-Syifa’, jamuan sambil menderma serta solat hajat perdana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails