Selamat Datang

Ahad, 22 April 2012

'Biarlah dia mai, mungkin untuk yang terakhir'

Mohd Sabri Said, 21 Apr 2012
PULAU PINANG: Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Nibung Tebal esok (Ahad) kerana selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti beliau belum tentu menduduki kerusi nombor satu negara.

Biarlah ia datang berulang kali ke Pulau Pinang untuk memberikan amanah kepada rakyat yang sudah bersedia mengajar kepimpinan negara yang suka menyeleweng dan perasuah, katanya.

"Dia nak mai, kita sebagai parti politk yang amalkan demokrasi kita alu-alukan.  Kita tidak sekat atau buat bantahan sebab kedatangan tersebut saya anggap kedatangan yang terakhir sebagai seorang Perdana Menteri," tegasnya.Sejak tahun ini, sudah dua kali lawatan Najib ke Pulau Pinang tidak termasuk kedatangan Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin ke Balik Pulau.

Jelas beliau, melihat kepada kekerapan beliau dan timbalanya mengunjung Pulau Pinang menandakan usaha merampas kembali Pulau Mutiara terlalu sukar.

Ini kerana, pemerintahan Ketua Menteri Lim Guan Eng sekaligus mematahkan kecemerlangan Umno suatu ketika dulu yang dianggap tulang belakang orang Melayu.

Sedangkan, sejak menjadi tulang belakang pun tiada kelebihan untuk orang Melayu bahkan harta kekayaan negeri diboloti oleh kaum kerabat dan kroni sahaja.

Katanya, kebangkitan orang Melayu tidak setahap mana dari segi perniagaan. Perumahan pula seolah menghalau kaum bumiputra sebab pembinaanya melampaui harga.  Akhirnya orang Melayu lari ke negeri Kedah yang menawarkan perumahan yang agak murah.

Destinasi Perdana Menteri ke Pulau Pinang sambungnya, tidaklah kerap sangat berbanding ke negeri Perak  yang bakal menyaksikan kekalahan BN pada pilihanraya umum akan datang sekaligus mengulangi kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke 12.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails