Selamat Datang

Khamis, 19 April 2012

Malam keenam yang jahanam: Samseng Umno kuasai Dataran


Posted on Wednesday, April 18 @ 19:07:51 CDT by paklang
Fokus IsuSUDAH masuk malam ke-6 mahasiswa dan anak muda berkhemah di dataran merdeka. Bantuan dan sumbangan tidak putus-putus diberikan oleh rakyat kepada kami. Kelas dan pengisian ilmiah diberikan secara percuma dan ditubuhkan “Universiti Dataran” sebagai simbolik model pendidikan percuma.

Walaupun DBKL robohkan pada awal-awal perkhemahan namun mahasiswa tetap membangunkan semula, timbalan menteri wilayah juga sudah menjenguk tapak perkhemahan ini dan akhirnya DBKL terpaksa akur dengan kehendak mahasiswa. Suasana juga aman dan menarik perhatian para pengunjung untuk bergambar bersama. Sedikit pun kami tidak mengotorkan tempat mahupun membuat kacau.
NAMUN, Malam ke-6 adalah peristiwa berdarah buat mahasiswa dan rakyat khususnya. Sedang anak muda duduk aman berdiskusi bersama, Sekitar jam 2.36 pagi, puluhan samseng yang digelar sebagai PERKASA UMNO datang tanpa memberi salam . "BANGUN, BANGUN. BALIK BELAJAR! BERAMBUS DARI SINI CELAKA!" kemudian terus menyerang dari arah kiri, kanan, depan dan belakang tapak perkhemahan tanpa diajak berbincang walau sedetik cuma.

Ketika itu kira-kira 50 anak muda berada di kawasan perkhemahan, india cina dan melayu . Samseng yang mengatakan mereka ini cintakan negara dan mempertahankan bangsa terus menerus menghancurkan 16 khemah dengan kejam. Mereka yang tidur di dalam khemah disepak dari luar khemah tidak kira lelaki atau perempuan, kemudian mereka terus meranapkan khemah dan mencampakkannya seperti sampah. Botol-botol air dan bekalan makanan sumbangan rakyat diteraburkan dihancurkan dan disepak begitu sahaja seerti bola.
Dalam masa 10 minit mereka menyerang dan meranapkan khemah dan apa-apa sahaja yang ada di tapak perkhemahan. Kemudian mereka menjerit “ korang ingat korang je boleh berkuasa dekat sini, kami juga boleh berkuasa la! Bodoh!”. Loud haler yang anak muda gunakan untuk bersuara turut dihempas berkali-kali sehingga hancur berkecai.
Sesiapa yang merakam dan memegang kamera terus diserang kerana mereka takut dengan “KAMERA”, yang merakam dan ambil gambar akan dikejar dan dibelasah. Seorang siswa dirampas IPADnya sewaktu beliau mengambil gambar, beliau ambil semula kameranya kemudian badannya ditumbuk hingga rebah dan disepak.
Ada juga kamera yang dipecahkan. Wartawan sanggup membiarkan badannya disepak terajang sewaktu samseng-samseng ini cuba merampas dan meragut kamera DSLR miliknya. Ramai yang menyaksikan kejadian ini dan sudah pasti akan mengingati sampai mati apa yang samseng jalanan kerjakan.
Kebanyakan mahasiswa dan anak muda tidak mampu berbuat apa-apa, bilangan kami sedikit dan jika melawan tak tahu apa yang bakal terjadi pada kami, Lagipun, kami bukannya samseng. semuanya tergamam melihat aksi rakus samseng-samseng yang kebanyakan berada di bawah pengaruh alkohol.
Ada Seorang lelaki dalam lingkungan 36 tahun dikejar di jalanan dan dibelasah sehingga berdarah dan rebah ke bumi kerana cuba menghalang “tugas” samseng-samseng ini. Ada juga seorang siswa cina disepak ditumbuk bertubi-tubi oleh mereka. Tiada seorang pun yang berani membantu, walaupun ada yang cuba menghalang mereka juga diterajang ditumbuk sang zalim.
Para samseng terus menghalau mahasiswa dan sesiapa sahaja di kawasan berkenaan. Namu mereka tetap tidak berganjak walaupun ada samseng yang menarik dan mengangkat mereka dan ada juga dibawa ke tempat gelap untuk dibelasah.
Kelihatan pihak DBKL dan beberapa orang polis hanya berdiri jauh memerhati. Sehinggalah Safwan Anang dan kawan-kawan menjerit ke arah polis "MANA POLIS?, apa ni takkan tengok je!"
Walaupun sangsi dengan tindakan mereka yang seakan-akan meredhokan dan membiarkan kezaliman berlaku di hadapan mata. Ada juga polis muda yang memberitahu mereka juga sebenarnya takut nyawa mereka terancam. Mereka cuba menghubungi polis lain meminta bantuan setelah tidak mampu meredakan keadaan.
Ada seorang SB terpaksa mengeluarkan pistol untuk meredakan keadaan . Namun pistol tidak menjadi ancaman buat samseng. Mereka boleh kata “tembaklah kalau berani”. Apa-apa boleh jadi dalam keadaan sebegini.
Hatta samseng-samseng sehingga sanggup mengancam BUNUH!. Setelah selesai kerja meroboh dan menghancurkan khemah. Ketika itu barulah 3 buah kereta polis datang mengejut. Macam Kisah tamil lagaknya. Namun………
Terkilan sangat dengan tindakan pihak polis yang melihat sendiri kejadian tersebut berlaku di depan mata. Ada juga pihak polis yang menjerit “ hormat kami, kami ada di sini” namun arahan tersebut tidak diendahkan samseng jalanan. Pihak polis tidak boleh menangkap mereka dengan alasan mereka tidak membawa senjata. Sudahlah 3 buah kereta polis hanya tiba setelah selesai tapak perkhemahan dihancurkan, satu tangkapan untuk siasatan pun tidak dilakukan sedangkan banyak saksi kejadian melihat.
Selepas perundingan dengan orang ramai, polis dan samseng jalanan. Para samseng beredar pergi walaupun mereka mengatakan “kami takkan balik selagi korang semua tak balik, Memalukan bangsa sendiri!”. Mahasiswa tetap bertahan dan bersepakat untuk terus berada di tapak perkhemahan dan mengadakan perbincangan dan perkongsian peristiwa yang berlaku. Pihak kami memang akan berundur dengan hormat untuk menghormati konsert DIRAJA yang bakal diadakan. Namun bila perkara sebegini terjadi. Perlu difikirkan tindakan selanjutnya.

Para Samseng yang menyerang sebenarnya adalah penakut kerana hanya mengambil kesempatan bila melihat mereka mampu menyerang kerana bilangan anak muda yang berada di tapak perkhemahan agak kecil. Mereka juga takut dengan kamera kerana malu dengan aksi meraka yang memalukan. Mereka juga takut kerana tidak berani face to face, one by one tetapi menyerang beramai-ramai. Ingat para samseng, tindakan kalian membuatkan orang ramai makin membenci kerajaan Umno barisan nasional. Tindakan kalian mengimejkan kerajaan yang menanti perubahan.
Kepada pihak polis. Walaupun siapapun kami di mata kalian, kami tetap rakyat MALAYSIA yang perlu dijaga. Walaupun kami kadang-kadang hilang kepercayaan kepada anda tetapi kami percaya ada di antara kalian yang jujur dan ikhlas bekerja untuk menjaga keamanan Negara.
Buktinya walaupun para samseng melaung “kenapa korang nak jerit panggil polis, korang sendiri tak percaya polis”. Kami jerit dan merayu itu ertinya kami masih cuba mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada kalian yang mampu membuat sesuatu untuk menjaga kami dan menaikkan reputasi kalian yang melambangkan imej Negara. Jangan nanti. Kami HILANG LANGSUNG kepercayaan dan harapan kepada kalian.
Kami tetap berterima kasih kepada pihak polis yang sudi memantau kegiatan kami dari hari pertama sehingga hari ini. Terima kasih juga membantu kami menyuraikan kekecohan ini. Sangat bersyukur ada pihak polis seperti anda, kalau tidak, tak tahulah apa yang bakal terjadi.

 http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=20363

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails