Selamat Datang

Rabu, 18 April 2012

Umno tiada kredibiliti pertikai Unisel

Muhamad Affandi Abdul Malik,
Kebelakangan ini kita melihat ramai dikalangan tokoh-tokoh UMNO mempersoalkan tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau memberi jaminan jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya PTPTN akan dimansuh dan diganti dengan pembiayaan pendidikan yang lebih mesra kepada golongan mahasiswa.

Bagi mengalihkan isu kelemahan pengurusan mereka pimpinan utama Umno termasuk Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin mempersoalkan mengapa tidak pendidikan percuma diberikan kepad Unisel dan KUIS yang merupakan universiti dibawah kelolaan Kerajaan Negeri.

Biro mahasiswa melihat kenyataan Menteri Pengajian Tinggi itu menggambarkan kelemahan Menteri Pengajian Tinggi memahami kedudukan Unisel dan KUIS yang beroperasi sebagai sebuah universiti swasta (IPTS)  dan kedudukan keewangan kerajaan negeri yang terhad.


Biro mahasiswa juga ingin menarik perhatian umum mengenai  isu  penubuhan Unisel yang menjadi punca kepada bebanan yang besar ditanggung hingga kini.Kontrak pembinaan Universiti yang diberikan atas dasar 'Build Operate Transfer' (BOT) selama 20 tahun menyebabkan setiap bulan pihak universiti terpaksa membayar hampir RM300,000 untuk kos sewa bangunan setiap bulan.Untuk rekod syarikat yang menerima projek ini Jana Niaga Sdn Bhd merupakan  milik keluarga dan kroni kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Tambahan dengan keaadaan bangunan yang tidak sempurna pihak universiti terpaksa menanggung kos baik pulih yang menelan ratusan ribu ringgit.Menurut rekod bangunan asrama yang didiami pelajar kini baru menerima CF selapas pentadbiran kerajaan PR mengambil alih kerajaan Negeri Selangor.

Biro mahasiswa juga mempersoalkan pinjaman RM150 juta yang dibuat oleh UNISEL sebelum PRU12 pada tahun 2008. Pinjaman yang dibuat kononya untuk fasiliti dan penambahbaikan universiti lesap selepas PRU 12 yang lalu.Perjanjian pinjaman  dengan bayaran balik bulanan RM2 juta sebulan ini akhirnya ditanggung oleh pihak universiti dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Bagi Biro Mahasiswa tindakan-tindakan dizaman pemerintahan Umno Barisan Nasional terhadap Unisel seolah-olah 'melacurkan' institusi pengajian tinggi dinegeri ini dan membunuh masa depan anak-anak muda  dengan menjadikan pendidikan sebagai perniagaan untuk mengaut keuntungan.

Fakta ini jelas membuktikan sikap pemimpin Umno yang hipokrit sedangkan ketika mereka berkuasa di Selangor institusi pendidikan tinggi dilacurkan demi kepentingan peribadi mereka.

Penulis ialah Timbalan Pengarah Biro Mahasiswa AMK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails