Ahmad Danial, | 08 Apr 2012 |
Amat Alang, 43 dari Taman Merdeka berkata rakyat khususnya anak muda negeri Melaka memang sudah lama menanti-nanti debat bersejarah antara pimpinan PAS dan Umno.
"Rakyat khususnya anak muda ingin mendengar hujah-hujah kedua-dua parti bagi membuat penilaian dan pertimbangan sebelum membuat keputusan untuk memilih siapa pada pilihanraya umum akan datang" ujar Wan Azmi.
Rakan beliau Hamed Wahab, 44 dari Durian Tunggal pula berpendapat bahawa debat merupakan kaedah terbaik bagi pimpinan menunjukkan idea dan karisma masing-masing secara spontan di hadapan rakyat."Di negara-negara maju pimpinan mereka menjadikan pentas debat sebagai cara mereka berkempen dan menonjolkan keupayaan diri dan parti mereka, malangnya di negara kita pemimpin takut untuk berdebat, pemimpin yang takut berdebat ini sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin" ujar Anuar.
Sementara itu, Adly dalam ceramahnya di sini malam tadi berkata beliau akan tetap menunggu Mohd Ali yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Melaka di MITC pada 15 April ini iaitu tarikh debat yang dicadangkan antara mereka berdua.
"Saya akan tunggu dia di MITC 15 April, kalau dia takut dia boleh hantar Idris Haron atau Ketua Cawangan Umno yang saya akan tetap berdebat dengan mereka.
"Mereka akan kacau program ceramah kita dengan berceramah disebelah kita, lebih baik kita berdebat, bukan terpekik terlolong dari jauh" ujar Adly pada ceramah anjuran DAP sempena perasmian Bilik Gerakan
Pilihan Raya DAP Dun Klebang di sini malam tadi.
Beliau berkata ketua menteri itu boleh memilih apa juga tajuk yang dia suka untuk debat tersebut.
"Kita tidak kisah apa juga tajuk debat kerana yang penting bagi kita ialah mesej dan hujah kita sampai kepada rakyat".
"Kalau dia hendak debat tentang Sekolah Harapan boleh, tentang Melaka Maju pun boleh atau tentang pembaziran kerajaan Melaka lagi boleh" tegas Adly.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA