http://nanbinjai.blogspot.com, | 21 Apr 2012 |
MEMANG
kita kerja nak cari duit tetapi itu termasuk rezeki Allah Taala sama
ada Allah mahu bagi lebih atau kurang kepada kita. Maka peru bagi kita
membetulkan niat kita kerja kerana Allah bukan kerana duit.
Sebelum itu saya jelaskan bahawa tlisan ini mahu menjawab berita berkenaan dengan NGO Tibai yang saya tulis. Saya berniat berita itu untuk memberitahu bukan mengatakan Anwar pemimpin seks dan liwat. Ia menjadi keliru kerana satu perkataan `kononnya' telah dibuang daripada berita itu.
Bila kerja kerana Allah rezeki tu Allah yang bagi. Kita tak kerja pun Allah bagi rezeki kita kerja pun kalau Allah nak tark rezeki ditimpanya musibah atau ujian atas kita. Tak da juga rezeki yang kita kata kononnya kita dapat tetap tiap-tiap bulan.
Oleh kerana kita rasa kerja kita tak sangkut paut dengan Allah maka kita mudah-mudah fitnah orang, serang peribadi orang.
Kita
tak rasa berdosa kerana apa? Kerana pemikiran kita sudah sekular. Kita
rasa kehidupan kita terasing daripada Islam. Terasing daripada dosa
dan pahala. Inilah kehidupan yang diajar Umno.Sebelum itu saya jelaskan bahawa tlisan ini mahu menjawab berita berkenaan dengan NGO Tibai yang saya tulis. Saya berniat berita itu untuk memberitahu bukan mengatakan Anwar pemimpin seks dan liwat. Ia menjadi keliru kerana satu perkataan `kononnya' telah dibuang daripada berita itu.
Bila kerja kerana Allah rezeki tu Allah yang bagi. Kita tak kerja pun Allah bagi rezeki kita kerja pun kalau Allah nak tark rezeki ditimpanya musibah atau ujian atas kita. Tak da juga rezeki yang kita kata kononnya kita dapat tetap tiap-tiap bulan.
Oleh kerana kita rasa kerja kita tak sangkut paut dengan Allah maka kita mudah-mudah fitnah orang, serang peribadi orang.
Pas mahu membetulkan fikiran sekular ini. Mahu menjadikan umat Islam tahu dosa dan pahala dalam setiap perbuatan dan kehidupan.
Takut dosa dan neraka bila kita buat fitnah orang. Sentiasa bekerja untuk tambah pahala bukan sahaja tambah duit. Duit tu memang Allah akan bagi bila ada usaha.
Jadi bila ada kawan saya mula tegur story saya yang disiar dalam protal pro Umno, saya katakan saya tidak kata Anwar lakukan seks atau liwat.
Sebab story asal saya berbunyi begini, KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) yang baru ditubuhkan semata-mata mahu menghentam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya `tabiat buruk’ pemimpin itu membabitkan isu seks dan liwat.
Ada perkataan `kononnya' tetapi perkataan itu telah dibuang jadi nampak sangat penulis mengata Anwar pemimpin seks dan liwat.
Saya tidak mahu menanggung dosa orang edit berita itu. Saya akan persoal diakhirat iaitu mahkamah keadilan. Atas dunia dia boleh tunjuk kuasa kerana dunia Malaysia sekarang gila dengan duit. Duit menguasai pertimbangan akal dan ilmu serta akhlak. Malah dia boleh atasi neraka dan syurga, dosa dan pahala.
Kalau dia takut neraka dia tidak akan buat macam tu.
Tajuk saya juga lain iaitu `Mursyidul Am Tibai kata ditubuh untuk hentam Anwar'. Saya mahu memberi tahu kepada pembaca satu maksud rangkai nama yang baik bersama dengan nama buruk huduh dan ganas. Cantik sangat ke `tibai'.
Pada saya berita itu lebih kepada melapor untuk memberitahu anda ada lagi satu NGO yang serang peribadi orang.
Maka labih baik anda doa keburukan sahaja kepada NGO ini. Tidak memberi manfaat kepada ummah. Malah ia pencetus pemusuhan dan pergaduhan.
Kumpulan seumpama ini sudah tidak mampu berhujah maka peribadi orang jadi sasaran. Mereka hanya mengata kononnya orang buruk tetapi tidak boleh membuktikan.
Mengata orang tanpa bukti jadi fitnah. Fitnah boleh membawa pemusuhan. Malah ulama kata ia lebih teruk dari membunuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA