Selamat Datang

Jumaat, 6 Ogos 2010

Retreat Dewan Pemuda PAS fokus strategi pikat pengundi muda PRU-13



Oleh G Manimaran
August 06, 2010
KUALA LUMPUR, 6 Ogos —Dewan Pemuda PAS pusat memulakan sesi pemukiman dua hari di Selangor pagi ini bagi menyusun strategi menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan memperkukuhkan gerakan pemudaan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Al-tantawi berkata pihaknya akan memfokus pada usaha menarik sokongan golongan dari pelbagai sudut.

“Hanya satu perkara khusus akan difokus iaitu strategi untuk mendampingi golongan muda, apa langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan sokongan golongan muda,” katanya ketika dihubungi.

Usaha itu termasuklah mendaftar mereka yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi.

Sesi pemukiman sayap pemuda itu selama dua hari bermula pagi ini.

Ia diadakan di kawasan Hulu Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails