Selamat Datang

Ahad, 22 Ogos 2010

Otak pemimpin Umno fikir mahu kaut hak rakyat



Written by Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: “Otak pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah, fikiran mereka sama, iaitu fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya PAS terkejut dengan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan negeri menaikan tarif air dan cukai tanah untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

“Cadangan ini dikemukakan ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan barang keperluan harian,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pelik, katanya Perdana Menteri yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan tiba-tiba itulah cadangan yang beliau kemukakan dalam mesyuarat kewangan negara yang dipengerusikannya.

Idris berkata, sepatutnya Perdana Menteri dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, Najib kena memikirkan bagaimana untuk meringankan bebenan rakyat di negara ini.

Sebaliknya, kata beliau otak yang ada kepada beliau mengambil jalan pintas iaitu dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor, menaikkan harga minyak.

Menurutnya, persoalan pokok dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi yang berpunca daripada rasuah, ketirisan, beri kepada mereka yang bukan ahlinya, pentingkan kroni, hak keistimewaan orang Umno tidak pernah ada di dalam fikiran mereka untuk diperbaiki supaya khazanah negara dapat dinikmati oleh semua rakyat.

“PAS berpandangan, cadangan ini hanya dicadangkan oleh orang yang tidak mengetahui derita rakyat bawahan di negara ini yang begitu perit, terutama di dalam bulan Ramadhan ini.

“Kenaikan harga barang keperluan naik begitu mendadak seperti indeks Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL),” ujarnya.

Sehubungan itu, ujarnya PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertegas tidak akan menaikkan tarif air, walau pun di didesak oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Malahan, katanya Khalid bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat di negeri itu.

Beliau menambah, sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu.

“Kerajaan Selangor dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat. Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri,” katanya.

Selangor juga, katanya menolak cadangan projek kroni kerajaan BN dahulu untuk mengambil bekalan air daripada Pahang dengan harga RM8 bilion, sebaliknya kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air denagan kos RM2 bilion sahaja yang dapat menjimatkan wang rakyat berjumlah RM6 bilion

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails