Selamat Datang

Jumaat, 20 Ogos 2010

Bekas sarjan TUDM dakwa dianiaya



Harakahdaily

PARIT BUNTAR, 20 Ogos: Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendakwa beliau dan keluarga telah diainaya pihak TUDM dan kebajikan mereka tidak dijaga sejak bersara pada 2008.

Faizzal Jinnong Abdullah, 45, berkata, beliau diberi layanan buruk oleh pihak atas TUDM apabila beliau cuba untuk membongkar penyelewengan yang berlaku dikalangan pegawai atasan.

Dia mendakwa ketika berkhidmat beberapa pegawai kanan menyeksanya selepas beliau mengetahui penipuan yang berlaku di kuarters TUDM di Kuching, di mana dia ditempatkan.

"Setelah usaha saya untuk membongkar penyelewengan dikalangan pegawai atasan di ketahui oleh pihak atasan tentera maka saya telah dilayan seperti seorang penjenayah.Bekalan elektrik dipotong selama tiga bulan dengan enam orang anak berusia antara 5 hingga 17 tahun bergelap tanpa belas kasihan mereka.

"Saya juga turut disumbatkan ke dalam penjara dengan pelbagai ancaman dan ugutan yang mereka lakukan supaya pembongkaran tidak dilakukan.Anak dan isteri saya juga dipaksa untuk akur dengan kehendak pegawai atasan sekiranya mahu saya dikeluarkan dari penjara dan tidak diseksa."kata bekas sarjan itu.

Beliau berkata demikian ketika bertemu Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr.Mujahid Yusof Rawa di sini baru-baru ini.

Tambah Faizzal lagi dalam situasi tertekan beliau terpaksa menandatangani dokumen secara paksa untuk akur terhadap segala syarat dan peraturan yang ditetapkan sekiranya mahu keluarganya selamat.

Manakala isterinya Murni Dara Mat Zain pula berkata setakat ini 23 laporan polis telah pun dibuat sejak tahun 2008 sehinggalah 2009 supaya nasib mereka dibela dan tidak diancam, namun tiada sebarang perubahan.

Antara laporan polis yang telah dibuat ialah di Sarawak, Negeri Sembilan dan Nibong Tebal.

"Apa yang kami mahukan ialah nasib kami dibela.Sebagai bekas tentera suami saya sebagai Pegawai Pengawasan TUDM sepatutnya dibela nasib beliau setelah berkhidmat lebih dari 20 tahun.

"Bukannya diperlakukan seperti pengganas atau penjenayah. Sewajarnya jasa beliau dikenang oleh pihak tentera," katanya lagi.

Murni juga berkata mereka turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Mereka kini menetap di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan dan mendakwa sering mendapat tekanan serta ugutan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam responnya berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails