Selamat Datang

Khamis, 19 Ogos 2010

Batal program vaksin tidak perlu, berpotensi bahaya

SM Mohamed Idris

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berulang kali menentang cadangan dan keputusan oleh Kementerian Kesihatan untuk memvaksin semua perempuan berusia 13 tahun di negara ini daripada virus Human papillomavirus (HPV), virus yang disebarkan melalui aktiviti seksual berdasarkan bahawa ia tidak perlu, tidak saintifik dan tidak selamat. Walaupun mendapat bantahan oleh banyak pihak, RM150 juta akan dibelanjakan setiap tahun oleh kerajaan bermula tahun ini untuk vaksinasi HPV terhadap kira-kira 300,000 perempuan di negara ini sebagai perlindungan daripada hanya dua daripada 40 jenis kanser servik yang berbeza yang disebabkan oleh HPV.

HPV dijangkiti melalui hubungan seksual. Sebagai ganti inokulasi terhadap remaja kita terhadap penyakit jangkitan seksual (STD), kerajaan sebagai ganti perlu memberikan tumpuan ke atas pencegahan melalui pendidikan dan agama serta nilai moral terhadap menahan diri daripada melakukan aktiviti seksual. Sebagai penerima vaksin untuk menentang STD, remaja perempuan yang tidak mendapat maklumat yang lengkap boleh mempercayai jaminan keselamatan yang salah bahawa vaksin HPV akan melindungi mereka terhadap penyakit jangkitan seksual lain.

Risiko kanser servik itu sendiri telah dibesar-besarkan. Telah menjadi fakta yang diketahui umum bahawa kira-kira 90 peratus daripada semua jangkitan HPV akan disingkirkan oleh sistem imun dalam tempoh dua tahun. Ini menjadikan vaksin itu sendiri tidak relevan dan tidak diperlukan.

Vaksin itu juga amat kontroversi dengan insiden tindak balas kesan sampingan yang tinggi di seluruh dunia dan 53 dilaporkan mati di Amerika Syarikat sahaja sepertimana yang dilaporkan oleh Vaccine Adverse Events Reporting System (VAERS) daripada Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC). Keberkesanan dan keselamatan vaksin bahaya dan tidak perlu ini tidak pernah wujud di Malaysia. Ini telah dijelaskan oleh Perunding Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Diane Harper sebagai lebih banyak risiko bagi kesan sampingan dan bahaya kesan sampingan berbanding risiko kanser servik itu sendiri.

Satu atau kedua vaksin HPV yang akan digunakan terhadap anak-anak kita ialah Gardasil oleh Merck dan Cervarix oleh GlaxoSmithkline.

Gardasil yang mensasarkan HPV jenis 16 dan 18 penyebab kanser yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat-Ubatan Malaysia (DCA) pada 2006 dan pada 2008 siasatan dibuat terhadap hubungannya dengan lumpuh, sawan dan kematian. Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) mengetahui mengenai hubungan antara vaksin dan autisme pada 2000. Pada 2008, Gardasil mendapati hubungan pada kadar yang lebih tinggi bagi pitam (syncope) dan keadaan pembekuan darah (venous thromboembolic) dalam kalangan penerima. Di Amerika Syarikat, venous thromboembolic dinyatakan dalam 56 laporan dan termasuk 19 kes arteri utama paru-paru tersumbat (pulmonary embolism), empat daripadanya membawa kematian. Pada keseluruhannya, 772 keadaan dijelaskan sebagai serius dan termasuk 32 kematian akibat daripada keadaan itu. Sejumlah kecil kes Guillain-Barre Syndrome (GBS) dilaporkan berikutan vaksinasi dengan Gardasil. Masalah lain yang dikaitkan dengan Gardasil adalah sakit kepala, tindak balas hipersensitiviti dan gatal-gatal (urticaria). Pada 2009, Kementerian Kesihatan Sepanyol menggantung penggunaan Gardasil selepas pihak berkuasa kesihatan melaporkan bahawa dua perempuan jatuh sakit selepas menerima suntikan. Sehingga 31 Mei 2010 terdapat 16,140 keadaan kesan sampingan dilaporkan di Amerika Syarikat berikutan vaksinasi oleh Gardasil dalam VAERS.

Cervarix yang mensasarkan HPV jenis 16 dan 18 penyebab kanser diluluskan oleh DCA pada 2007 tetapi oleh FDA hanya ada 2009. Memandangkan sasarannya hanya dua jenis HPV, pakar terus menyarankan pemeriksaan rutin cervical pad smears malah untuk wanita yang menerima suntikan vaksin. Di England, terdapat kes pening, mual dan malah kematian yang dikaitkan dengan Cervarix.

Sekali lagi kami menggesa Kementerian Kesihatan membatalkan rancangan yang tidak berkesan untuk memastikan anak-anak kita menerima vaksin bahaya dan tidak perlu sepenuhnya. Rakyat akan lebih mendapat manfaat daripada RM150 juta wang cukai mereka untuk digunakan bagi mendidik anak-anak mereka terhadap aktiviti seksual awal sebagai pencegahan terhadap jangkitan HPV. Dengan peruntukan ini oleh pihak kerajaan, kempen untuk ujian HPV dan Pap Smears sebagai prosedur pengesanan awal yang telah terbukti boleh dipertingkatkan sebagai ganti penyelesaian mudah dengan cara menggunakan vaksin. Memandangkan vaksin ini hanya meliputi beberapa jenis HPV berisiko tinggi, para pakar masih menyarankan pemeriksaan Pap Smears secara tetap malah selepas vaksinasi. Ini menunjukkan pemeriksaan itu kekal relevan dan tidak dapat dinafikan merupakan kaedah pencegahan yang lebih baik berbanding vaksinasi.

Pada 2009, kami menyatakan bahawa berhubung vaksinasi HPV, ibu bapa di seluruh dunia kerap disogokkan, dibuli dan diancam supaya memvaksin anak-anak mereka oleh kerajaan dengan niat keuntungan bagi syarikat farmaseutikal. Ini sering dilakukan tanpa menerangkan maklumat dengan tepat kepada ibu bapa berhubung risiko kesan sampingan daripada vaksin atau hak keibubapaan mereka.

Pada November tahun lalu dan Mac tahun ini, dalam pertemuan dengan Kementerian Kesihatan, CAP berulang kali menentang program vaksinasi HPV yang tidak perlu dan berpotensi berbahaya. Baru-baru ini, dalam satu taklimat ringkas yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan di Pulau Pinang berhubung strateginya untuk melancarkan program vaksinasi HPV kebangsaan, kami amat terkejut apabila diberitahu bahawa Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, hanya memberikan penerangan ringkas kepada guru dan pelajar perempuan berusia 13 tahun berhubung proses vaksinasi dan dalam proses “mengurangkan kebimbangan (kanak-kanak) mereka” mengenai vaksin itu.

Remaja perempuan ini pula kemudiannya diharapkan untuk menjelaskan prose situ secara lengkap kepada ibu bapa mereka untuk membolehkan mereka membuat keputusan untuk menerima atau menolak vaksinasi dengan menandatangani borang kebenaran.

Melihatkan kepada pujian oleh Kementerian Kesihatan terhadap programnya itu, keinginan untuk “mengurangkan kebimbangan” dan ketiadaan penglibatan ibu bapa, jelas menunjukkan Kementerian Kesihatan hanya berminat dalam mempromosikan program itu manakala menutup aspek negatif vaksin kontroversi ini daripada ibu bapa remaja ini. Ia boleh dilihat bahawa ibu bapa sebagai pembuat keputusan utama yang bertanggungjawab untuk menentukan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka berada dalam kegelapan mengenai kontroversi vaksin oleh Kementerian Kesihatan. Ini dengan jelas tidak menghormati hak keibubapaan.

Tugas Kementerian Kesihatan terikat dengan amalan berhubung prinsip mendapat kebenaran terlebih dahulu (Prior Informed Consent [PIC]) dan menjadikannya kepentingan utama, tanggungjawab dan kewajipan terhadap ibu bapa kanak-kanak ini dengan mematuhi hak mereka untuk melaksanakan hak mendapat kebenaran. Mereka mestilah diberitahu bukan hanya proses vaksinasi dan risiko yang melibatkannya tetapi hak untuk mendapat pendidikan terhadap HPV dan kanser servik, pencegahan awal serta pemeriksaan perubatan terhadap jangkitan HPV dan kanser servik.

Jika Kementerian Kesihatan berhasrat untuk meneruskan dengan program vaksinasi ini, kami menggesa mereka supaya mewajibkan semua ibu bapa perempuan berusia 13 tahun di negara ini diberikan maklumat objektif dan komprehensif mengenai tindak balas kesan sampingan dan kematian yang dikaitkan dengan vaksin ini tidak mengira penolakan atau penerimaan mereka. Ibu bapa kemudiannya mestilah digalakkan untuk bertanya dan diberikan maklumat penting yang tidak berat sebelah dalam sesi tanya jawab yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan.

Memandangkan hak mereka untuk mengetahui, adalah jelas juga bahawa mereka juga perlu diberitahu semua aspek negatif vaksin itu termasuk dokumentasi termasuk tindak balas kesan sampingan yang serius malah kematian seperti dilaporkan oleh The Journal of the American Medical Association (JAMA) dan Vaccine Adverse Event Reporting System (VAERS).

Kami sekali lagi mengulangi gesaan supaya Kementerian Kesihatan membatalkan program vaksinasi yang tidak perlu dan berpotensi berbahaya ini. Jika Kementerian Kesihatan berhasrat untuk meneruskan program yang tidak perlu ini di sebalik semua kontroversi dan bahaya yang diketahui menyelubungi vaksin ini dan potensi bahayanya kepada anak-anak kita, kami menggesa Kementerian Kesihatan untuk melibatkan semua ibu bapa kanak-kanak yang akan diberikan vaksinasi, dalam proses membuat keputusan dan memberitahu mereka risiko berkaitan terhadap anak-anak mereka.

Kami juga menggesa Kementerian Kesihatan menyediakan jaminan bertulis kepada semua ibu bapa bahawa dalam kes sebarang kanak-kanak yang menerima vaksinasi mengalami tindak balas kesan sampingan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran perlu mengambil tangunggjawab dan liabiliti sepenuhnya dan menanggung semua kesan daripadanya.

SM Mohamed Idris,

Presiden

Persatuan Pengguna Pulau Pinang

No. 10, Jalan Masjid Negeri,

11600 Pulau Pinang.

Tel: 04 8299511 Faks: 04 8298109 e-mel: idrismd@tm.net.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails