Selamat Datang

Isnin, 9 Ogos 2010

Noh kena paksa negeri BN hapus pusat hiburan



Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 9 Ogos: "Kalau Noh Omar betul-betul ikhlas, kita nak ingatkan bahawa banyak lagi negeri-negeri di bawah kekuasaan Umno dan Barisan Nasional, kenapa tak paksa dan guna kuasa hapuskan pusat-pusat hiburan di negeri-negeri itu seperti yang kamu faham itu.

"Apa yang kamu nak sibuk dengan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, banyak lagi negeri-negeri yang diperintah Umno," ujarnya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar).

Beliau juga menggesa Datuk Seri Noh Omar supaya tidak tergopoh-gapah mencabar Pakatan Rakyat khususnya PAS menutup semua pusat hiburan sempena di Selangor bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Katanya, Noh selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno dinasihatkan supaya mendidik akar umbi Umno supaya kembali pada ajaran Islam yang sebenar.

"Kalau dia (Noh) tak tahu, kesalahan itu bukan hanya salah ketika bulan Ramadhan, sama ada bulan Ramadhan atau tidak, yang dilarang di sisi Islam tetap salah bagi orang-orang Islam," ujar beliau petang tadi.

Katanya, kewujudan pusat hiburan di Selangor sekarang merupakan hasil tinggalan Umno yang nyata memerintah kerajaan Selangor sejak 50 tahun lalu.

"Kita mewarisi kerajaan negeri ini (Shah Alam) dengan segala peninggalan mereka," ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.

Demi memulih semula sosial masyarakat akibat pentadbiran Umno itu, baginya, PAS negeri melaksanakan memilih kaedah dakwah serta mendidik masyarakat supaya sedar pripenting menjauhkan diri masing-masing dari tempat kepunahan sosial itu.

"Islam ajar dakwah secara berperingkat, terap kefahaman lebih diutamakan dari melaksanakan hukum, ini yang Islam ajar, bukan cara paksaan dan ugutan seperti yang Umno faham," ujarnya.

Ujarnya lagi, PAS tidak berminat dengan cara Umno memanipulasi Islam dan slogan 'amar maaruf nahi mungkar' dengan memaksa serta mengugut rakyat dan kerajaan negeri sebagaimana belakangan ini.

Sambil menyifatkan Umno cuba merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat, baginya, cara Umno itu sekaligus boleh menjauhkan orang-orang Islam serta masyarakat bukan Islam dari melihat erti keindahan dan keadilan yang ada dalam agama Islam.

"Itu yang kamu (Noh) paham, laksana Islam secara paksa dan guna kuasa secara tidak adil, sebab itu sekarang kamu (Umno) kata kita kononnya tunduk pada orang bukan Islam," ujarnya sambil menyifatkan Umno memahami tidak Islam secara menyeluruh.

Sehubungan itu, beliau menggesa Umno Pusat yang nyata menguasai kerajaan persekutuan supaya terlebih dahulu menghapuskan lesen pusat hiburan, judi dan arak di peringkat nasional dan negeri-negeri yang masih diperintah oleh mereka sebelum mempolitikkan isu pusat hiburan di Selangor.

Ini kerana, beliau berkata, Umno sendiri mendakwa bahawa cabaran-cabaran yang dilaungkan di Selangor itu adalah atas dasar ikhlas pada Islam, bukannya politik kepentingan.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mempersoal keikhlasan Senator Ezam Mohd Nor (Umno) mempopularkan slogan 'Gelombang Selamatkan Selangor'.

Baginya, slogan yang dipopularkan oleh Ezam, bekas Ketua AMK Nasional tersebut adalah ciplak pada slogan 'Selamatkan Malaysia' yang pernah mencuit kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada era Reformasi' 1998 dahulu.

"Dia tak ada idea yang asli, semuanya ulang ciplak," ujarnya.

“Ini bukanlah idea yang asli, ini bukan datang dari kumpulan yang sebenar, ini ciplak idea-idea zaman reformasi."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails