Selamat Datang

Rabu, 4 Ogos 2010

Tee menipu kami, dakwa DAP S'gor

Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 4, 10
10:48am
Kongsi 0
Pemimpin DAP Selangor menjelaskan bahawa penarikan semula sokongan ke atas ahli majlis perbandaran Klang, Tee Boon Hock dilakukan kerana beliau didapati menipu mereka.

Pada 28 Julai lalu, setelah akhbar harian bahas Inggeris, the Star melaporkan seorang ahli majlis telah menyalah-gunakan kepala surat dan cop rasmi, exco Selangor, Ronnie Liu bagi mendapatkan kontrak berjumlah RM1 juta untuk 20 syarikat, pemimpin DAP negeri itu bersatu menyokong Tee.

Sidang media Tee bagi menjelaskan dan menafikan dakwaan itu dihadiri oleh pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, timbalannya, Tony Pua, exco kanan Selangor, Teresa Kok dan juga Liu.

Bagaimanapun keesokan harinya, jawatankuasa disiplin DAP mengumumkan bahawa mereka akan menyiasat dakwaan berkenaan dan diikuti oleh kenyataan Liu bahawa laporan polis akan dibuat ke atas Tee.

Pada hari berikutnya, negara dikejutkan apabila jawatankuasa disiplin parti itu terus memecat Tee atas dakawaan ahli majlis itu mengeluarkan surat sokongan kepada sebuah syarikat di mana anak lelakinya adalah seorang pengarah bagi mendapatkan kontrak.

Perkemb
angan itu cepat dipolitikan oleh MCA yang membidas DAP dengan dakwaan bahawa pemimpin parti itu mengetahui mengenai apa yang berlaku tetapi cuba menutupnya.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh pemimpin DAP.

Jangan mengarut

“Jangan mengarut jika anda (MCA) tidak tahu apa-apa,” kata Pua ketika dihubungi semalam.

Beliau menjelaskan pada mulanya Tee menafikan semua dakwaan berkenaan kepada jawatankuasa disiplin parti dan atas dasar percaya kepadanya, pemimpin DAP negeri mengambil keputusan menyokongnya pada sidang media 28 Julai lalu itu.

“N
amun pengerusi kami (Ean Yong) membuat penjelasan pada hari tersebut bahawa kami tidak akan teragak-agak untuk bertindak jika menjumpai bukti baru,” katanya.

Menurut Pua, tiga hari kemudian, jawatankuasa negeri menerima tiga salinan surat sokongan yang ditandatangani Tee yang digunakan bagi mendapatkan kontrak untuk syarikat anaknya.

“Kami mengambil keputusan untuk menyerahkan surat itu kepada jawatankuasa disiplin dan mereka mengambil keputusan memecat Tee pada sebelah petang setelah menyiasatnya.”

Kok, seorang lagi pemimpin yang menyokong sebelum ini menyokong Tee berkata “salah-guna kepala surat rasmi” dan “mendapatkan kontrak untuk syarikat anaknya” adalah dua perkara yang berbeza. Tee dipecat kerana sebab yang kedua.

Beliau menjelaskan parti itu bukannya mengubah keputusan mereka tetapi bertindak serta merta berdasarkan perkembangan terbaru.

Berhubunh dakwaan Tee menyalah-gunakan kepala surat dan cop rasmi Liu, Kok berkata perkara itu masih disiasat kerana kedua-dua mereka memberi kenyataan yang bercanggah.

Namun penjelasan kedua-dua Pua dan Kok tidak menghuraikan mengapa Liu tiba-tiba mengubah pendiriannya.

Liu pada sidang media bersama Tee tidak membantah kenyataan ahli majlis itu, malah dalam kenyataan bertulis yang dibacakannya mengatakan “saya tiada masalah dengan surat sokongan itu”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails