Selamat Datang

Khamis, 5 Ogos 2010

Soo Nee mahu tanding Ketua Cabang Kulim



Mohd Ali Hashim

KULIM, 5 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soo Nee (gambar) melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kulim dalam pemilihan September ini.

Beliau yang juga pemangku Ketua Cabang Kulim ketika ini yakin akan mendapat sokongan dari banyak pihak.

"Hasrat saya ialah untuk memperkasakan PKR dalam kawasan tersebut serta memastikan ia mendapat sokongan rakyat dengan membantu mereka menyelesaikan permasalahan yang timbul dan menaikkan taraf kehidupan penduduk.

"PKR adalah sebuah parti yang berpegang teguh pada prinsip perjuangan dan pemilihan secara demokrasi. Apa yang lebih perlu diberi keutamaan ialah penyatuan ahli dalam parti dan melaksanakan tugas serta tanggungjawab terhadap masyarakat," katanya.

Lim yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah akur sekiranya ada pertandingan beliau akan tetap bertanding bagi mempertahankan kebenaran yang diperjuangkannya selama ini.

"Sebagai pemimpin kita harus berani untuk berhadapan dengan risiko. Sekiranya berjaya menerajui kawasan ini adalah menjadi hasrat saya untuk mendapatkan sebuah pejabat baru bagi PKR cabang Kulim-Bandar Baharu yang mana sebelum ini ianya terletak di Jalan Kilang Sagu.

"Siapa sahaja boleh bertanding untuk apa jua jawatan yang dipertandingkan, namun begitu sehingga ini belum ada mana-mana individu yang tampil membincangkan jawatan Ketua Cabang yang akan ditandingi nanti," ujarnya lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails