Selamat Datang

Khamis, 5 Ogos 2010

MB Selangor terima surat minta Tee dipecat



Selangorkini
SHAH ALAM, 5 Ogos: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan telah menerima surat dari Jawatankuasa Disiplin DAP semalam yang meminta supaya melucutkan jawatan Tee Boon Hock sebagai ahli majlis Perbandaran Klang.

Ia berikutan kes salah guna kepala surat seorang anggota Exco Negeri yang didedahkan baru-baru ini.

Ekoran itu, Khalid berkata kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu dan masih menunggu hasil siasatan dari Jabatan Audit Negeri.

Katanya, Tee kini sedang bercuti sehingga siasatan selesai.

Jumaat lepas, Tee dipecat dari DAP berhubung isu berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails