Selamat Datang

Jumaat, 6 April 2012

Task force IC: Pemuda PAS Alor Setar lapor polis

Harakahdaily, 06 Apr 2012
ALOR SETAR, 6 April: Pemuda PAS Alor Setar hari ini membuat satu laporan polis berhubung pendedahan wujudnya task force khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Laporan polis itu dibuat Ketua Pemuda PAS Alor Setar Norazam Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar di sini kira-kira jam 11 pagi ini.

Turut mengiringinya, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman, Setiausaha Akbar Presiden PAS, Nasaie Ismail serta 10 penyokong.

“Bagi saya pendedahan itu sangat serius seolah-olah nak jual Negara kepada orang asing.“Ini sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kerana ianya pengkhianatan kepada Negara,” kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut berada di sana sempena lawatan kerja Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang dipengerusikannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar Rabu lalu mendedahkan, bahawa wujud satu pasukan khas yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Ianya antara lain turut dianggotai wakil SPR, adalah pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanapun beberapa nama yang dikaitkan dengan task force itu menafikan dakwaan itu termasuk Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

“Kita mintak perbuatan jijik ini dihentikan segera oleh pihak-pihak terlibat.

“Saya juga menggesa dewan pemuda, muslimat kawasan di seluruh Negara untuk membuat laporan sama,” kata Mazlan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails