Selamat Datang

Sabtu, 7 April 2012

Kelantan tinjau bina bangunan terkini di China

Rizal Tahir, 07 Apr 2012
BEIJING, 7 April: Seramai 11 orang delegasi Kerajaan Negeri Kelantan melakukan lawatan kerja selama tiga hari bermula semalam ke China dalam usaha meninjau perkembangan teknik pembinaan bangunan teknologi terkini. Lawatan itu diketuai Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.
(Gambar: Anggota delegasi tiba di Lapangan Terbang Beijing.)
Turut serta, timbalan exco Hazami Mohd Nor, Pengarah Tunjong Development Corporation Sdn Bhd, Ir Fauzi Abdul Rahman dan Pengurus TDC, Nazri Deraman.
Turut serta tiga orang rakan media, termasuk wakil Harakahdaily serta beberapa orang ahli perniagaan.

Lawatan berkenaan  meninjau perkembangan teknolgi terkini khususnya dalam pembinaan bangunan, iaitu Industrial Building System (IBS) pembinaan bangunan yang cepat.
Bukan itu sahaja, ianya bakal melibatkan kos yang rendah dan pengunaan tenaga buruh yang kurang.
Besok rombongan akan melawat dua buah kilang yang berkaitan dan keesokkan harinya ke tapak projek untuk meninjau perkembangan teknologi terkini itu.
Rombongan ini berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang kira-kira jam 9.00 dan selamat tiba kira-kira jam 3.00 petang, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails