Selamat Datang

Khamis, 14 Julai 2011

Umno, Utusan derhaka pada raja - Kit Siang


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Adakah Utusan (Malaysia) dan kepimpinan Umno secara serius mencadangkan bahawa 50,000 rakyat Malaysia yang berani mendapati pelbagai ugutan polis, penangkapan besar-besaran, gas pemedih mata dan semburan air untuk berhimpun secara aman untuk menyokong Bersih 2.0 untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil, dan berjuta lagi rakyat Malaysia seluruh negara dan luar negara yang menyokong dan berdoa untuk perhimpunan aman 9 Julai adalah tidak taat dan penderhaka kepada raja dan negara?

“Tidak, ialah Utusan dan kepimpinan Umno yang tidak taat dan penderhaka kepada raja dan negara kerana mereka sangat tidak bertanggungjawab dan melulu untuk membuat apa-apa tuduhan-tuduhan liar bahawa berpuluh-puluh dan beratus-ratus ribu dan bahkan berjuta-juta rakyat Malaysia tidak taat setia dan pengkhianat untuk menyokong perhimpunan aman Bersih 2.0 - kerana mereka cuba untuk melagakan majoriti rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, wilayah, umur atau jantina terhadap raja dan negara,” kata Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Lim berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan Utusan Malaysia semalam yang Pakatan Rakyat Selangor dan para pemimpin Bersih derhaka kerana tidak patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor kerana bertindak meneruskan sokongan terhadap Himpunan Bersih 2.0.

“Ini signifikan sebagai bukti bahawa yang pihak pemerintah tidak boleh dibetulkan dan tidak boleh diajar, dan mereka terperangkap 'ketinggalan zaman' dan tidak dapat berhubung dengan generasi Bersih 1Malaysia yang muncul pada hari Sabtu lepas, yang terdiri daripada rakyat tanpa mengira kaum, agama, kawasan, umur dan juga jantina,” tegas beliau.

Disebabkan mereka ketinggalan zaman, Lim berkata Utusan Malaysia dan Umno tidak dapat memahami atau berasa empati terhadap insiden yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Daripada tuduhan liar yang dilemparkan Utusan Malaysia, Lim berkata ia jelas membuktikan nasihat yang diberikan profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin supaya pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuang mentaliti era Perang Dingin dalam berhadapan dengan bangkangan dan menguruskan aspek sekuriti negara.

Dalam nasihatnya, Dr Shamsul berkata musuh Umno Barisan Nasional sekarang bukan lagi komunis, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat dan menyeru pentadbiran Najib untuk beralih daripada pendekatan tradisional kepada bukan tradisional, yang menurutnya mempunyai lima komponen iaitu tenaga atau kuasa, air, makanan, kesihatan dn pendidikan.

“Shamsul Amri telah mengingatkan BN bahawa musuh mereka bukan lagi komunis yang berperang dalam hutan tetapi adalah pergerakan awam yang melibatkan politik kelas pertengahan yang membawa isu-isu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ‘perang ugutan’ yang dilakukan akan memberikan kesan kerana rakyat Malaysia sudah tidak takut kepada pasukan keselamatan,” kata Lim.

Dalam kenyataannya juga, Lim berikrar untuk memakai pakaian berwarna kuning setiap Sabtu sehinggalah enam ahli Parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dilepaskan, pengharaman Bersih dibatalkan dan 8 tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails