Selamat Datang

Khamis, 14 Julai 2011

Penganut agama lain digalak pelajari Islam


Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 14 Julai: Mempelajari tentang Al-Quran dan al-Hadis merupakan suatu tuntutan yang bukan sahaja terpaksa digalas oleh seluruh umat Islam tetapi juga turut digalakkan ke atas orang yang bukan Islam.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) berkata, ini kerana Al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.

“Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas tindakan seorang Adun BN di Selangor yang mempertikaikan tindakan salah seorang Adun DAP yang membaca hadis.

Perkara tersebut disiarkan dalam salah satu akhbar perdana kelmarin yang bertajuk ‘Adun DAP tak layak berhujah guna hadis’.

Berdasarkan laporan berita tersebut, Adun Umno itu dipetik berkata: “Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis”.

“Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam.

“Sekiranya ada kesilapan dalam kefahaman, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam membimbing dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak ‘mesra’ yang akhirnya mereka lari daripada memahami ajaran Islam,” jelas Ustaz Harun yang juga Adun Manir.

Beliau menjelaskan, PAS bersikap ‘menerang dan bukannya menyerang’.

Justeru, katanya Umno wajib sedar bahawa Al-Quran dan hadis adalah sumber hukum.

“Jika Umno benar-benar ikhlas cintakan al-Quran dan hadis, maka sokonglah agenda Islam yang dibawa oleh PAS,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails