Di tepi sofa yang Mat Sabu duduk ada sebatang tongkat dan kerusia roda.Dia cuba bangun untuk berdiri untuk tunjuk kata boleh berdiri tapi memang tak ada kudrat.
Sambil bersembang Mat Sabu kata Malaysia sekarang menanggung malu yang amat sangat kepada dunia luar kerana layan demo Bersih 2.0 dengan begitu zalim.Malah jiran kita Singapura dan Indonesia turut kutuk Malaysia kerana bersikap zalim kepada demo Bersih 2.0 9 julai lalu.
Kata Mat Sabu lagi, "Sekarang ni dalam dunia ni hanya ada dua negara saja yang amalkan undang-undang jakun (undang-undang rimba) iaitu Malaysia dan Myanmar.Cukup teruk.Malaysia lagi teruk daripada Mynmar, pakai baju kuning pun tangkap."
Mat Sabu juga menegaskan sekiranya 8 tuntutan Bersih 2.0 tak ditunaikan kemungkinan besar dalam masa terdekat satu lagi demo besar-besaran akan berlaku.
Kak Normah pula memberitahu beberapa hari sebelum demo Bersih 2.0 polis ada datang ke rumah mencari suaminya tapi Mat Sabu tiada di rumah.Pihak polis meminta kad pengenalan Kak Normah tapi tak diberikan.
Sambil dok sembang saya bertanya kepada Mat Sabu, "Bang Mat..macam mana ni orang dok heboh pasai cincin Rosmah berpuluh juta yang diimport daripada USA.?"
Jawab Mat Sabu sambil berseloroh, "Uhhh habaq pi la kata berapa puluh juta pun orang kita yang tak reti apa akan jawab...alaaaa biaq pi la dia ada duit..dia boleh beli."
Mengakhiri perbualan Mat Sabu kata ,"Baru sebulan jadi Timbalan Presiden dah kena tangkap dan tak boleh berjalan." Saya kata kat Mat Sabu bergurau, "Baru sebulan Bang Mat jadi TP bukan takat Bang Mat kena tangkap Presiden Pas pun kena tangkap."
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA