Selamat Datang

Khamis, 14 Julai 2011

Najib kata Polis bertindak ‘ringan’ surai perhimpunan Bersih



Dalam temubual dengan CNN hari ini, Najib telah berkata “Ia tahap tindakan polis yang agak ringan sebab meskipun tindakan dikenakan, mereka yang ditahan telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik,”

Apa yang dimaksudkan dengan ringan itu entahlah.. mungkin kerana hanya seorang yang terkorban ianya dikatakan ringan.. kalau tindakan keras bagaimana agaknya..


Bagaimanapun sila lihat sendiri dalam videoclip dibawah, apakah yang dimaksudkan dengan tindakan ringan pihak polis itu oleh Najib...

Najib: Polis guna tindakan ‘ringan’ surai perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.

“Ia (tahap tindakan polis) agak ringan sebab meskipun ia dikenakan, mereka (yang ditahan) telah dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik,” kata beliau dalam temu bual dengan CNN hari ini.

“Tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan pasukan yang minumum,” katanya.

Najib (gambar) juga mengetepikan perhimpunan Sabtu lalu memperjuangkan pilihan raya bebas dan adil atas alasan ia bersifat tidak berkecuali dan menekankan pentadbirannya komited untuk “mengadakan (pembaharuan sistem pilihan raya) lebih baik.”

Perdana Menteri ditemu bual di Britain, di mana beliau mengadakan lawatan rasmi empat hari.- The Malaysian Insider


Tindakan ringan yang dimaksudkan oleh Najib.. sila lihat sendiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails