Selamat Datang

Jumaat, 15 Oktober 2010

PRK Batu Sapi 4 November


Harakahdaily

PUTRAJAYA, 15 Okt: Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah ditetapkan pada 4 November sementara penamaan calon pada 26 Oktober, iaitu serentak dengan Dun Galas, Kelantan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan perkara itu selepas mengadakan mesyuarat khas di sini, sebentar tadi.

PRK Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan wakilnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah meninggal dunia, Sabtu lalu setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Chong yang juga Bendahari Agung PBS memenangi kerusi itu dengan menewaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails