Selamat Datang

Khamis, 14 Oktober 2010

Dewan Pemuda Pas cabar BN



IPOH - Dewan Pemuda Pas Negeri mencabar Kerajaan Negeri mendedahkan senarai syarikat pembalakan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) dengan melakukan perkara sama semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu dan kini.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, pihaknya tidak gentar berkenaan surat layang yang mendakwa mempunyai senarai syarikat pembalakan itu.

“Kita sedia menyahut kesediaan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang bersetuju mendedahkan senarai syarikat sekiranya diminta oleh rakyat.

“Dewan Pemuda yakin Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya benar dakwaan BN terhadap PR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Zawawi berkata, Dewan Pemuda juga sedia mengadakan pentas debat antara Zambry dan Nizar untuk mendedahkan penyelewengan yang dibangkitkan itu.

“Ini bagi membuktikan siapa sebenarnya telus dalam mengurus kewangan negeri untuk rakyat.

“Dr Zambry juga perlu berani mendedahkan syarikat yang dikuasai BN dalam mendapatkan konsesi balak,” katanya.

Terdahulu, Zambry mengakui berkenaan surat layang yang dipercayai tersebar luas dalam kalangan pemimpin DAP berhubung rasuah membabitkan konsesi balak sebanyak RM21.5 juta.

Dalam pada itu, Setiausaha Dewan Pemuda, Dr Raja Ahmad Al- Hiss kecewa sikap tidak profesional pihak SPRM menjadikan laporan media sebagai asas untuk menyiasat pemerintahan PR selama 11 bulan.

“SPRM sepatutnya tidak berpihak dalam memastikan pandangan rakyat terhadap keadilan dan ketelusan sebenar mereka,” katanya.

Katanya, SPRM perlu menyiasat perkara sama semasa pemerintahan BN dulu dan kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails