Selamat Datang

Selasa, 29 November 2011

Kenyataan rasis bukti Ahmad berfikiran sempit



| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyelar kenyataan rasis dan dangkal Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terhadap Pakatan Rakyat sekiranya Pakatan Rakyat diberikan kemenangan kerusi yang lebih oleh rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, Ahmad mengancam orang Melayu dengan mengatakan Parlimen Malaysia akan ‘tergantung’ seperti Parlimen Australia kerana Barisan Nasional tidak dapat  melaksanakan polisi negara kerana hanya mendapat majoriti mudah sahaja.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengecam kenyataan dan sangkaan buruk Datuk Ahmad Maslan terhadap kerjasama yang terjalin utuh oleh parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan sokongan bukan Islam kepada PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, Pemuda PAS Selangor merasa cukup kesal kerana Umno masih berterusan memainkan sentimen agama dan perkauman hanya untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada mereka.
“Sepatutnya Umno mengambil kesempatan sempena Perhimpunan Agung Umno kali ini untuk melakarkan kaedah baru untuk menarik sokongan pengundi Melayu dengan tidak menjaja lagi politik perkauman dan perpecahan,” ujarnya.
Beliau menambah, sememangnya Umno kini semakin dihimpit kegelisahan dan kegusaran disebabkan kerosakan-kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap negara dan rakyat sehingga menyebabkan rakyat kini semakin berani untuk bangkit melakukan perubahan.
Menurutnya, rakyat semakin muak dan mual dengan agenda politik perkauman dan perpecahan yang didendangkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
Kata beliau, pihaknya merasakan orang Melayu tidak perlu gusar terhadap kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno dan Barisan Nasional kerana PAS dan Pakatan Rakyat telah bersetuju sebulat suara untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan seadanya.
Selain itu, ujarnya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempunyai komitmen yang lebih tinggi untuk memperjuangkan agenda rakyat dan memperbaiki kehidupan rakyat berbanding perjuangan Umno BN.
Justeru, ujarnya Pemuda PAS Selangor mengharapkan semoga pihak Polis Diraja Malaysia akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan ke atas kenyataan Datuk Ahmad Maslan di dalam http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-dakwa-melayu-akan-hilang-semua-kuasa-jika-parlimen-gantung/ kerana cukup berbahaya dan boleh menanamkan bibit-bibit kebencian serta prejudis terhadap Pakatan Rakyat serta ketegangan hubungan antara kaum dan agama di dalam negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails