Selamat Datang

Rabu, 9 November 2011

Air: Jangan hanya tahu takutkan rakyat


| Print |
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 9 Nov: Kerajaan BN diingatkan agar jangan hanya tahu menakutkan rakyat dengan dakwaan kekurangan bekalan air khususnya di Selangor, tetapi gagal menggunakan wang rakyat dengan betul berhubung perkara itu.

Kerajaan BN kini mendakwa kapasiti bekalan air di Selangor kekurangan sehingga 5 peratus sehingga menyebabkan jika sesuatu pihak menggunakan air sebanyak 4,722 liter sudah sampai ke paras kapasiti.


Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, dalam masa yang sama, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengambil pelbagai langkah wajar bagi menyediakan bekalan air dengan sempurna kepada rakyat, tetapi dihalang dengan pelbagai cara oleh pihak BN.

Menurut beliau, sehingga kini Kerajaan Selangor telah mengambil pelbagai langkah untuk kepentingan rakyat termasuk membincangkan dengan pelbagai pihak terbabit bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul.

Katanya, namun sehingga kini, segala tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor tidak diberikan 'respons' dengan baik oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta kementerian tersebut.

"Sebaliknya Kerajaan Pusat mengeluarkan belanja yang cukup besar berhubung perkara ini. Dalam isu Bekalan Air Langat 2, Kerajaan Pusat telah mengeluarkan wang sehingga melebihi RM7 bilion.

"Perkara ini tidak boleh diambil mudah kerana ia menyebabkan hutang Kerajaan Pusat semakin menimbun," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam hubungan ini, beliau turut bertanya rasional kementerian terbabit terus memberikan bayaran atau bill out untuk menyelamatkan syarikat-syarikat swasta terbabit.

Katanya, untuk tujuan itu, Kerajaan Pusat mengeluarkan wang sehingga RM6.5 bilion kepada syarikat-syarikat yang memegang konsesi air di Selangor, manakala bayaran itu pula 73 pertus lebih tinggi dari pasaran.

"Kerajaan Pusat telah meminjamkan puluhan ribu juta ringgit kepada Syabas. Pinjaman itu tanpa sebarang interest dan tanpa sebarang bayaran sehingga tahun 2015," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Selain itu, beliau turut membangkitkan pinjaman kepada Puncak Niaga yang melibatkan bayaran puluhan ribu juta ringgit Malaysia.

"Oktober lalu, Kerajaan Pusat turut mengeluarkan RM110 juta kepada Syabas. Apakah ini cara terbaik menggunakan wang rakyat? Pada hal syarikat-syarikat itu tiada hubungkait dengan kerajaan," ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails