KUALA LUMPUR, 27 Nov: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,
Nasruddin Hassan menggesa seluruh anak muda mengambil semangat hijrah
Rasulullah SAW sebagai momentum untuk berubah ke arah masa depan negara
lebih baik.
Katanya, hijrah Rasulullah itu juga adalah garis
pemisah yang membebaskan ummah dari belenggu jahiliyyah ke arah
pembentukan sebuah 'baldatun toyyibah wa rabbun ghafur' iaitu menjadi
sebuah negara yang baik, aman, sejahtera dan membangun dan mendapat
keampunan tuhan.
"Justeru memperingati ulangtahun perisiwa
hijrah, selayaknya setiap individu khasnya anak muda menghayati sejarah
agung ini dan bersedia untuk melakukan sebuah perubahan total ke arah
pembentukan masa depan negara yang aman, sejahtera, harmoni dan mendapat
lindungan rahmat serta keampunan Allah swt," katanya dalam perutusan
sempena Sambutan Hijratur Rasul 1433.
Menurutnya lagi, sudah
ketetapan Allah bahawa perjuangan besar untuk melunaskan sebuah
perubahan dan amanah gerak kerjanya, menghadapi cabaran yang mengundang
implikasi besar.
Namun ujarnya, itulah harga sebuah perjuangan
yang mesti dibayar oleh para pejuang di mana harta dan nyawa menjadi
taruhan demi sebuah perjuangan suci.
"Bangkitlah wahai sekelian
anak muda dari tidur yang panjang, kini kita berada selekoh akhir untuk
membuat pecutan kemenangan ke garis penamat.
"Sempena ulangtahun
Hijrah ar-Rasul SAW kali ini, kebangkitan anak muda mewarnai gerakan
perubahan adalah suatu yang sangat didambakan," tegasnya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA