| Print | |
Aslani M |
KUALA KRAI, 31 Dis: Ketua AMK negeri, Mohd Azihan
Che Seman yang ditahan bersama tiga lagi di sekatan jalan raya di sini
petang semalam kerana memilik risalah berkaitan kronologi perbicaraan
liwat II dibebas polis sebentar tadi. Mereka ditahan ketika dalam konvoi penerangan AMK yang bermula di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV sedang dalam perjalanan menuju ke Gua Musang. Satu kumpulan lagi dikepalai Ketua Penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh pula ditahan di Tanah Merah ketika sedang mengedar risalah tersebut di sebuah pasar kira-kira jam 3 petang semalam. Mereka juga dibebaskan hari ini selepas dijamin pimpinan PKR cabang dan negeri setelah usaha membebaskan mereka dilakukan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Amran Abdul Ghani sejak petang semalam. |