KUALA LUMPUR, 30 Nov: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar)
menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin
malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam
Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana
menteri'.
Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang
juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya
'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar
beliau sebagai timbalan perdana menteri.
"Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.
"Sepatutnya
sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan
dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada
Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau mengulas ucapan Muhyiddin ketika
merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri
2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.
Dalam ucapannya, Muhyiddin tanpa segan silu membidas DAP, PKR dan PAS dengan kata-kata penuh penghinaan.
DAP dilabel parti cauvinis Cina yang jahat dan mahu menubuhkan negara republik.
PKR
pula dituduh sebagai parti ultraliberal yang hanya berjuang untuk Datuk
Seri Anwar manakala PAS pula bukan lagi memperjuangkan Negara Islam
kerana mengangkat Negara Berkebajikan.
Mengulas lanjut Salahudin
bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas ucapannya
itu yang secara tidak langsung mengakui PAS berada di persada politik
tanah air.
"Apapun kita ucap terima kasih kerana menyebut tentang PAS dalam ucapan beliau.
"Maknanya mereka akui PAS berada di persada politik negara," katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA