KUALA LUMPUR, 5 Dis: Selepas berhadapan kontroversi
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menghambur
kata-kata kesat kepada peneroka, kini giliran agensi kerajaan itu pula
menerima surat saman daripada peneroka.
Menurut Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said,
tindakan menyaman Felda itu ekoran peneroka-peneroka dari Gugusan
Keratong dan Gugusan Chini 3 tidak berpuas hati kerana mendakwa agensi
itu memanipulasikan Kadar Perahan Gred (KPG), lapor KeadilanDaily.
“Seramai 380 peneroka dari gugusan Felda Keratong dan 690 peneroka
daripada gugusan Felda Chini 3 menyerahkan borang Warrant To Act
melantik peguam-peguam dari Tetuan Daim & Gamany, Kuala Lumpur untuk
menyaman Felda kerana manipulasi KPG.
“Mereka hanya diberikan di antara 18 peratus hingga 19 peratus sahaja
peratusan perahan KPG, suatu pengiraan yang sangat rendah dan tidak
berpandu kepada realiti sebenar,” kata Suhaimi dalam satu kenyataan.
Katanya, daripada sejumlah peneroka yang menyaman Felda itu sebahagiannya ahli Umno yang sedar akan hak mereka.
“Mereka hanya menuntut hak mereka dinafi dan dimanipulasikan oleh Felda.
Menariknya di Chini 3 sebahagian besar dari kalangan yang mahu
memfailkan saman terhadap Felda itu terdiri daripada ahli-ahli Umno.
“Mereka tidak mendapat pembelaan dari Umno, dan mereka memberi
jawapan kepada Umno dengan bersama-sama menyertai peneroka-peneroka lain
mahu memfailkan saman terhadap Felda,” kata beliau. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA