Nyata
semua ibu bapa di Malaysia akan berasa jijik dengan bahasa yang
digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam Perhimpunan Agung Pemuda
UMNO. Jelas perbuatan mereka mencerminkan cara pemikiran UMNO yang
bukan sahaja ketandusan modal tetapi dipenuhi dengan fitnah, kebencian,
permusuhan dan ketakutan. Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein
Mydin adalah antara yang paling lantang sekali dengan kenyataannya
bahawa PAS dan PKR sudah menjadi bapok dan pondan, di samping melabelkan
semua penyokong DAP sebagai bangsat.
Untuk
menyokong dakwaannya, Shaik menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak
membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta mensasarkan
tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu. Kedua-dua dakwaan ini adalah
fitnah semata-mata. Statistik menunjukkan bahawa daripada semua
tindakan penguatkuasaan majlis terhadap peniaga-peniaga, 70% daripada
tindakan di Pulau dan 85% di Seberang Perai telah diambil ke atas
peniaga-peniaga bukan Melayu. Shaik juga mungkin dapat menipu rakyat
dari luar Pulau Pinang, tetapi warga Muslim di Pulau Pinang semua tahu
bahawa perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang bukan sahaja dibenarkan
tetapi disambut dengan lebih meriah sekali oleh Kerajaan PR Pulau
Pinang.Dengan sikap tidak mempedulikan pilihan demokratik
pengundi, Shaik telah berakhir dengan saranan supaya UMNO mengembalikan
dominasi Melayu di Pulau Pinang. Sekali lagi, UMNO telah menunjukkan
belang sebenarnya bahawa kuasa rakyat tidak penting dan 1Malaysia itu
hanya slogan kosong untuk menipu rakyat Malaysia untuk menyokong BN dan
UMNO.
Seorang rakan NGO telah memberitahu saya, serangan ganas UMNO di persada kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa kempen pilihan raya mereka tidak akan berdasarkan pertandingan idea tetapi satu perlumbaan berdasarkan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor. Mungkin aksi memalukan oleh wakil pemuda ini adalah gara-gara perangai Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang telah memangsakan anak saya yang berumur 15 tahun dengan "tweet"nya yang berbunyi: "Mungkin di roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada", yang bertujuan untuk memfitnah anak saya bahawa kononnya dia telah mencabul rakan sekolahnya dan saya telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal itu.
Penggunaan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor sebenarnya adalah untuk menyembunyikan kekurangan dan ketakutan UMNO. Bermula dengan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan diekori oleh Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin dengan ucapan jihadnya, serangan-serangan ke atas sasaran mudah seperti Kristian, Cina, Pengerusi BERSIH S.Ambiga, DAP dan juga penyokong DAP adalah satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian umum daripada kegagalan UMNO untuk menangani masalah-masalah sebenar seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.
Langsung
pula tidak disebut tentang skandal lembu dan kondo yang membabitkan
keluarga seorang Menteri Persekutuan. Soalan patut ditanya kenapa
pakcik biasa di kampung tidak pernah diberi peluang yang serupa? Tidak
pula disoal kenapa duit daripada pinjaman RM250 juta boleh diberi dua
tahun sebelum perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Semua
hanya ingin menutup skandal di mana duit yang sepatutnya digunakan untuk
penternakan lembu telah digunakan untuk membeli bukan sebuah tetapi
dua buah kondominium mewah.
DAP tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor UMNO. DAP akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan.
Prestasi 4 negeri Pakatan Rakyat adalah bukti yang paling jelas. Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bukan sahaja sudah menjadi lebih bersih, hijau dan selamat, malah ekonomi pun telah bertumbuh. Pelaburan di keempat-empat negeri PR ini berjumlah 53% daripada jumlah pelaburan negara untuk tahun 2010, jauh melebihi pelaburan di 10 negeri BN.
Saya
menggesa supaya penyokong DAP tidak bertindak keterlaluan dan tidak
terganggu oleh provokasi dangkal lagi bebal daripada UMNO. Biar rakyat
Malaysia yang menentukan nasib PR dan juga DAP berdasarkan prestasi,
prinsip, dan idealisme, dan bukan berdasarkan keupayaan untuk
menggunakan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.
*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.
Seorang rakan NGO telah memberitahu saya, serangan ganas UMNO di persada kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa kempen pilihan raya mereka tidak akan berdasarkan pertandingan idea tetapi satu perlumbaan berdasarkan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor. Mungkin aksi memalukan oleh wakil pemuda ini adalah gara-gara perangai Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang telah memangsakan anak saya yang berumur 15 tahun dengan "tweet"nya yang berbunyi: "Mungkin di roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada", yang bertujuan untuk memfitnah anak saya bahawa kononnya dia telah mencabul rakan sekolahnya dan saya telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal itu.
Penggunaan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor sebenarnya adalah untuk menyembunyikan kekurangan dan ketakutan UMNO. Bermula dengan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan diekori oleh Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin dengan ucapan jihadnya, serangan-serangan ke atas sasaran mudah seperti Kristian, Cina, Pengerusi BERSIH S.Ambiga, DAP dan juga penyokong DAP adalah satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian umum daripada kegagalan UMNO untuk menangani masalah-masalah sebenar seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.
DAP tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor UMNO. DAP akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan.
Prestasi 4 negeri Pakatan Rakyat adalah bukti yang paling jelas. Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bukan sahaja sudah menjadi lebih bersih, hijau dan selamat, malah ekonomi pun telah bertumbuh. Pelaburan di keempat-empat negeri PR ini berjumlah 53% daripada jumlah pelaburan negara untuk tahun 2010, jauh melebihi pelaburan di 10 negeri BN.
*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA