KOTA BHARU, 28 Nov:
Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS
(DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong
perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat.
Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan
Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang
ini.
Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta
bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky
Tang.
(Gambar: Tuan Guru menerima cenderahati daripada Ricky Tang.)
Ricky dalam ucapannya memberitahu, masyarakat bukan Islam di negeri
ini khususnya kaum Cina sering diberi bayangan buruk berhubung
perjuangan PAS dengan tujuan menakutkan mereka.
“Bagaimanapun, semakin mereka ditakuti sokongan terhadap PAS semakin
bertambah dari tahun ke tahun dan pihak lawan sudak tidak boleh berbuat
apa berhubung ledakan sokongan ini,” ujarnya.
Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru
golongan terbabit meninjau perkembangan kehidupan masyarakat bukan Islam
khususnya kaum Cina di negeri ini sejak 21 tahun lalu melalui golongan
terbabit.
“Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya
selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi,
agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya?
“Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat
dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam
di negeri ini,” ujarnya.
Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana
sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan demam, namun kerana rasa
gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA