DOA AKHIR TAHUN 1432 HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan
bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini
dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini,
Allah ampunkan dosanya setahun"
Segala
puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W.
serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya
Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu
tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai
perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan
kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan
itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah
aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan
Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya
Karim, ya Zaljalali wal ikram.
Selawat
dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli
keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah,
tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam
DOA AWAL TAHUN 1433 HIJRAH
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Maksudnya:
Segala
puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W.
serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya
Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi
kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya
pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang
direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga
memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah
kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada
mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat
dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi
Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA