KUALA LUMPUR, 30 Dis: Seorang ahli perniagaan berumur 45 tahun, Datuk Shamsubahrin Ismail didakwa di mahkamah tinggi hari ini.
(Datuk Shamsubahrin tersenyum riang ketika dibawa ke mahkamah)
Beliau
yang cuba menyogok pegawai polis dari bahagian jenayah perdagangan
berkaitan dengan penyiasatan Pusat Fidlot National (NFC) didakwa kerana
menipu.
Shamsubahrin didakwa menipu Pengerusi NFC Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta dalam bentuk yuran konsultan.
Dia didakwa dibawah Seksyen 420 Penal Kod.
Shamsubahrin
didakwa melakukan jenayah itu pada 20 November di sebuah restoran di
Bukit Tunku dan antara 25 November ke 6 Disember 2011 di Solaris Mount
Kiara dekat sini.
Jika bersalah, Shamsubahrin boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun, rotan dan denda.
Dia tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu dan meminta dibicarakan.
Isu NFC meletup apabila Ketua Audit Negara dalam laporannya berkata
berlaku salah laku dalam urusan NFC yang mendapat pinjaman mudah
kerajaan RM250 juta itu.
Ekoran itu, pelbagai maklumat meletup di media kerana ia melibatkan
keluarga Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat
Jalil.
Suaminya, Datuk Mohd Salleh yang didakwa ditipu oleh Datuk
Shamsubahrin hari ini adalah pengerusi eksekutif NFC, manakala tiga
anak-anak mereka adalah pengarah-pengarah syarikat ini.
NFC didakwa gagal mengeluarkan daging sebagaimana dikehendaki negara
tetapi didakwa membeli kondo mewah di Malaysia dan Singapura serta
membeli kereta mewah.
Dakwaan hari ini tidak diketahu apa kaitannya kerana yang menjadi
sasaran adalah pihak menyeleweng wang tetapi yang didakwa pihak yang
didakwa menipu pengerusi NFC. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA