KUALA LUMPUR, 10 Dis: Penduduk di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sekali lagi dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh malam ini.
Bulan
yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula
memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.
Bayang
bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46
malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh
bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.Selepas
itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit,
kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana
kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.
Peringkat
pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam
ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada
dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.
Ia juga menandakan
fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh
dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama
tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.
Fenomena
sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit
berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam
ini.
Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh
dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan
iaitu kira-kira pukul 8.46 malam. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA