KUALA LUMPUR, 10 Dis: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar)
kesal dengan tindakan pentadbiran Universiti Malaya (UM) yang
memberhentikan debat pelajar yang berlangsung di Fakuliti Undang-undang
kampus itu malam tadi.
Menzahirkan rasa kecewa itu melalui laman
twitternya, Saifuddin berkata, beliau sedang mendapatkan maklumat untuk
mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
"Saya dukacita debat AUKU di UM malam tadi terbatal ketika ia sedang diadakan. Saya sedang menyiasatnya," tulisnya ringkas.
Dalam
kejadian malam tadi, debat anjuran Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan
Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu diganggu oleh pengurusan
UM dan terpaksa dibatalkan ketika sedang memasuki pusingan kedua.
Menurut
Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) Khairul
Naim berkata, pihaknya begitu terkilan dan kecewa apabila program debat
yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh
pengawal keselamatan dan “special branch”.
Debat malam tadi
mempertemukan Ahmad Shukri Che’ Ab. Razab yang merupakan bekas aktivis
Pro-Mahasiswa dan Syamsul Salleh iaitu bekas Yang Dipertua Majlis
Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia.
Debat itu berkisar tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Autonomi Mahasiswa.
Menurut
Khairul, beberapa pengawal keselamatan dan “special branch” telah
menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya
perdebatan dihentikan dengan segera.
“Ketika itu juga lampu telah
ditutup beberapa kali, namun pengajur masih meneruskan debat sehingga
memaksa Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM Mohd Syahid untuk
keluar berunding.
“Setelah rundingan dilakukan beberapa minit,
akhirnya pihak keselamatan memberitahu arahan tersebut datang daripada
Timbalan Naib Canselor HEP UM, Datuk Rohana Yusof,” kata beliau lagi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA