KUALA LUMPUR, 16 Dis:
Rakyat Malaysia kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”,
di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari
negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9.
Mengikut laporan
terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity
(GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan
dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.
RM150 bilion ini adalah
tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh
9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita
semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara
yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.
Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Menurut
Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk “Aliran Kewangan daripada Negara
Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009” telah disediakan oleh ahli ekonomi
Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di
Tabung Kewangan Antarabangsa.
Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah
berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar
negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.
Kata
Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan “ketirisan
modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang
terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai.
Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi
secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi
negara, katanya.
Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan
lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini
adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula.
"Hakikat
bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar
daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa
rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek
korupsi.
"Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim.
Antaranya,
projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham
Bumi RM52 bilion, skandal “lembu dan kondo” RM250 juta NFC, “komisyen”
setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan
banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos “overrun” atau
kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban.
Ia termasuk
juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion
yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah
menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya.
"Tidak
hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency
International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada
tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun
2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan
negara sebagai Perdana Menteri.
"CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan
Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI
Malaysia terus merosot kerana “unsur-unsur kerajaan” yang memudahkan
“rasuah besar” masih lagi tersebar luas," katanya.
Pendedahan
terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah
dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan
betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia.
"DAP
menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang
telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij.
"Rakyat
Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN,
membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion
yang telah kehilangan ini," tegas beliau. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA