KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS hari ini menghantar surat
kepada Kementerian Luar Negeri bagi menuntut agar diadakan sidang
kemuncak tergempar Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC)
berhubung pergolakan di Syria.
Pengerusi
Lajanah Antarabangsa PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata gesaan itu
perlu memandangkan keganasan oleh pasukan tentera kerajaan Presiden
Bashar Al-Assad terhadap rakyatnya masih berterusan meskipun beliau
sudah berjanji tidak akan bertindak sedemikian.
Surat tersebut dihantar pagi tadi ke Pejabat Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra, Putrajaya.
"Kita tahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab telah mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan krisis ini.
"Malaysia
juga perlu memainkan peranannya dengan lebih berkesan dengan menuntut
OIC mengadakan sidang kemuncak tergempar dengan segera," katanya pada
sidang media di Pejabat Harakah di sini.
Pergolakan yang bermula Mac 2011 lalu dianggar telah mengorbankan 5000 nyawa rakyat negara itu.
Terbaru semalam sahaja dilaporkan 30 orang terbunuh dalam satu pertempuran di bandar Homes.
Kerajaan Syiria pimpinan Presiden Bashar Al-Assad sebelum ini telah berjanji untuk tidak bertindak ganas terhadap rakyatnya.
Bagaimanapun episod pembunuhan demi pembunuhan berlaku menyaksikan kerajaan itu tidak pernah menepati janji mereka.
Hari
ini juga seramal 50 orang pemerhati Liga Arab dihantar ke Syiria untuk
memastikan Presiden Bashar Al-Assad menepati janjinya.
Tahniah Ikhwan Mesir
Dalam
perkembangan lain, Kamaruddin juga turut mengucapkan tahniah kepada
Ikhwan Mesir ekoran laporan awal yang mendakwa parti itu menang lebih
besar melebihi 50 peratus dalam keputusan pengundian pusingan kedua
pilihan raya parlimen di negara itu.
"Tentunya keputusan ini akan memudahkan parti Ikhwan menubuhkan kerajaan dan menjadi lebih kuat dan stabil.
"Bagi
pihak PAS, Timbalan Pegerusi Lajnah Antarabangsa, Dr Syed Azman (Syed
Ahmad Nawawi) kini sedang berada di Mesir bagi memantau perkembangan
tersebut," katanya.
Pengundian fasa kedua berlangsung 14 Disember
lalu merangkumi sembilan buah wilayah iaitu Giza, Menoufia, Sharqiah,
Ismailiah, Beni Suef, Suez, Buhairah, Sohag dan Aswan.
Parti
Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang mewakili Ikhwanul Muslimin dikatakan
mempunyai peluang cerah dalam pilihanraya fasa kedua ini.
Parti
tersebut setakat ini telah mendahului dengan kemenangan sebanyak lebih
50%, diikuti Parti An-Nur, Pakatan Liberal dan Parti Wafd. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA