KUALA LUMPUR, 1 Dis: Kerajaan BN didesak menubuhkan
suruhanjaya bebas bagi menyiasat dengan terperinci warga negara asing
turut didaftarkan sebagai pemilih dalam pilihanraya di negara ini.
Tindakan
tersebut dikesan dilakukan dengan terancang oleh pihak-pihak tertentu
sehingga menjadikan negara ini berada dalam bahaya apabila masa depan
negara berada dalam tangan warganegara asing.
Ahli Parlimen
Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, tindakan tersebut amat dikesali
kerana ia jelas memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak
terbabit terhadap negara.Menurut beliau, tindakan tersebut
dilakukan oleh pihak-pihak terbabit bagi mencapai kemenangan dalam
pillihanraya untuk terus kekal berkuasa demi keuntungan dalam jangka
masa pendek mereka.
Katanya, sebagai warganegara, tindakan
seperti itu tidak sepatutnya dilakukan, sebaliknya masing-masing
mestilah berfikir dan bertindak secara rasional untuk jangka masa
panjang demi keselamatan negara.
"Untuk mengatasi masalah itu,
perlu ada satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat sepenuhnya tentang
warganegara asing yang turut didaftarkan sebagai pemilih," katanya pada
persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ketika berucap membahaskan
usul penambahbaikan proses pilihanraya yang dikemukakan oleh Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC), Datuk Seri Panglima Dr
Maximus Johnity Ongkili, beliau berkata, penyata yang dikemukakan oleh
jawatankuasa itu perlu diterima oleh kerajaan.
Menurutnya, dalam
penyata jawatankuasa itu dicadangkan penggunaan dakwat kekal dalam
pilihanraya, manakala cadangan itu pula menepati salah satu dari 8
tuntutan Bersih untuk dilaksanakan oleh SPR.
"Cadangan itu jelas
menafikan kenyataan SPR dan Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan
penggunaan dakwat kekal sebagai kolot dan tidak sesuai dilaksanakan
dalam pilihanraya," katanya yang juga Naib Prtesiden PAS.
Sejajar dengan perkembangan masa, beliau turut mendesak kerajaan menerima sistem dua parti untuk dilaksanakan di negara ini.
Beliau
juga mendesak kerajaan mengamalkan kebebasan media di negara ini bagi
kepentingan rakyat, setelah Kerajaan BN sekian lama membelenggu
pemikiran orang ramai dengan ketidakadilannya terhadap laporan-laporan
media.
"Suara generasi muda mesti didengar oleh kerajaan. Kita
harap media dalam pilihanraya umum ini bebas dan tidak lagi dibelenggu
dengan tindakan yang tidak sepatutnya oleh kerajaan," tambahnya.
PAS
dan Pakatan Rakyat, tegasnya, boleh menerima kekalahan dalam
pilihanraya sekiranya itulah yang dipilih oleh rakyat, dengan syarat
kerajaan tidak menyekat kebebasan media dan pilihanraya dilaksanakan
dengan bersih dan adil.
Beliau menyarankan kerajaan turut
mencontohi sebahagian langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan
Singapura berhubung perkara itu, sehingga menjadikan pilihanraya terbaru
di republik itu lebih baik berbanding sebelumnya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA