KUALA LUMPUR, 27 Dis :
Ketua Pembangkang (Parlimen) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan
menemui rakyat melalui program jelajahnya ke seluruh negeri di
Semenanjung Malaysia menjelang 9 Januari ini.
9 Januari adalah tarikh mahkamah tinggi membuat keputusan berhubung dengan dakwaan terhadap Anwar. Program
jelajah bermula 3 Januari 2012 itu dirangka bagi memberi peluang kepada
rakyat mendengar penjelasan dari Ketua Umum Keadilan itu mengetahui
tentang isu-isu yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno-Barisan
Nasional.
Beliau juga dijangka akan memberi penjelasan terhadap
isu fitnah II yang telah dirancangkan oleh Umno sejak awal lagi bagi
menghalang perjuangan politik Anwar.
Program ielajah itu akan
bermula pada 3 Januari iaitu di Johor meliputi Daerah Ledang dan Muar,
pada 4 Januari pula Anwar akan berada di Bandar Tampin, Negeri Sembilan
dan di Bukit Katil, Melaka.
Manakala pada 5 Januari beliau akan
menemui pengundi di Pahang iaitu di Bentong, Balok dan juga Indera
Mahkota setelah itu beliau juga turut ke Dungun dan Kuala Terengganu
sebelum berada di Pasir Puteh dan Machang, Kelantan pada sebelah malam.
Untuk
rangka program jelajah itu, Anwar dijadualkan akan berada di Lembah
Pantai, Kuala Lumpur dan di Kelana Jaya, Selangor pada 6 Januari.
Beliau
akan bertolak ke Pulau Pinang pada 7 Januari dan selepas itu ke
Terengganu bagi mengikuti Program Sambutan 100 tahun penubuhan Kerajaan
Islam Terengganu di Kuala Berang.
Kemuncak program jelajah
tersebut berakhir di Kelab Sultan Sulaiman pada 8 Januari pada jam 11
malam, sebelum itu Anwar akan mengadakan sembahyang hajat di
kediamannya.
Sebelum itu, program jelajah ini dirangka sepenuhnya
bagi beliau menemui setiap lapisan rakyat di seluruh pelusuk negeri
sebelum beliau hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari bagi
mengetahui keputusan terhadap isu Fitnah II yang telah dilemparkan
kepadanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA