Selamat Datang
Sabtu, 2 Jun 2012
Himpunan Hijau: PAS rakam sejarah baru Tahun 2012
Bermula selepas suboh, saya bersama keluarga memulakan perjalanan menuju ke Kompleks PAS Kedah di Kota sarang Semut untuk hadir dalam program Amanat dari Pemimpin. Dalam perjalanan di sepanjang lebuhraya, langit sentiasa mendung dan menunjukkan tanda-tanda hendak hujan. Memang benar sangkaan kami bila hujan mula tutun dengan lebatnya bermula dari bertam hinggalah ke Sungai Petani. Selepas itu tiada lagi hujan walaupun cuaca masih lagi mendung. Kami meneruskan perjalanan dan keluar melalui tol Gurun dan cuaca amat baik sekali. Kami sampai ke Kompleks PAS Kedah kira-kira pukul 8.45 pagi.
Ketika itu suasana kesesakan lalulintas telah bermula. Semua pakir dalam komplek tersebut telah dipenuhi. Kami terpaksa mencari dan meletakkan kereta dipinggir jalan yang agak jauh dari kompleks. Saya terus meninggalkan keluarga untuk masuk ke Dewan Dato Fadzil selepas mendaftar diri. Majlis baru sahaja dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran. Dewan sudah penuh sesak dengan hadirin. Tak sangka majis yang dirancangkan dalam tempoh dua minggu oleh PAS Pusat mendapat sambutan yang sangat baik dari semua ahli dan pimpinan PAS dari pelbagai peringkat. Ini menunjukkan komitment dan kesungguhan ahli PAS kini sudah berada ditahap yang sungguh tinggi.
Pengorbanan oleh ahli dan pimpinan PAS dalam perjuangan adalah sangat tinggi sehinggakan pada bila-bila masa sahaja jika dikerahkan untuk turun melaksana sebarang arahan dari pimpinan nescaya mereka ini akan datang denga roh jihad yang tinggi. Barangkali keadaan tarbiyyah yang sudah mula sebati dengan tubuh badan ahli-ahli PAS ini sudah mula mencapai tahap yang sebenarnya. Kejayaan tarbiyyah inilah yang menjadikan PAS sebagai Parti Islam dan gerakan Islam dapat bertahan dengan teguh dan kuat sehingga kini.
Ucapan demi ucapan telah disampaikan oleh Ketua DHPP Pusat, Ketua Dewan Muslimat, Ketua Dewan Pemuda , Ketua Dewan Ulama dan seterusnya amanat Dato Seri Presiden berjalan dengan lancar. Majlis diakhiri dengan doa oleh Dato Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Seusai majlis tersebut saya dan keluarga meneruskan perjalanan menuju ke Alor Setar dan menginap di sebuah hotel. Sembahyang jumaat di masjid Zahiri dipenuhi oleh oramg ramai yang telah sampai awal bagi menghadiri program bersama Ustaz Azhar Idrus di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Ramai yang bersembahayang di tengah panas di luar masjid tersebut kerana sudah tiada ruang lagi di dalam kawasan masjid. Bas-bas telah mula memenuhi pakir yang disediakan di kawasan itu. Bagi peserta muslimat, mereka mula memenuhi Pekan Rabu sewaktu muslimin menunaikan solat jumaaat.
Rombongan Xpresi anak muda ke Putrajaya menuju ke stadium memenuhi jalan pada kira-kira jam 4.00 petang melalui tempat penginapan hotel kami. Kehebatan dan kesungguhan anak muda untuk bersama dengan PAS jelas kelihatan dengan ketertipan dan akhlak yang baik ditunjukkan dalam rombongan bermotor oleh mereka disepanjang jalan yang dilalui. Inilah didikan yang perlu ditanamkan kepada anak-anak muda supaya mereka kelak menjadi pemimpin dan pewaris negara yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang sebenarnya. Bukan seperti yang dibuat oleh UMNO/BN dalam Himpunan Sejuta Belia yang bertujuan merosakan akhlak muda-mudi dengan acara-acara yang jelas haram dan bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri. Malangnya dimanakah golongan alim ulama dalam UMNO? Mengapakah program sebegini tidak ditegur kepada kerajaan. Apakah apabila perut sudah kenyang, mulut sudah menjadi bisu?
Saya sekeluarga bertolak dari hotel menuju ke stadium dalam keadaan hujan yang lebat disertai tiupan angin kencang. Perjalanan kami yang sebenarnya tidak jauh kira-kira 6 kilometer tersekat-sekat kerana kesesakan lalulintas telah bermula pada pukul 4.30 petang lagi. Namun kami tetap meneruskan perjalanan untuk mendapatkan jarak pakir yang paling hampir. Kedudukan terdekat yang kami perolehi kira-kira 1.2 km dan kami meletakan kereta di situ seterusnya berjalan kaki menuju stadium. Anak kecil saya berusia 6 tahun itu sudah jemu untuk berjalan kaki dan terpaksa didukung oleh ibunya.
Setiba di stadium, orang ramai mula memenuhinya dan saya dapati kesemua tempat duduk berbumbung telah penuh. Barangkali ketika hujan lebat turun, mereka berlindung di situ. Tempat duduk tidak berbumbung juga mula dpenuhi orang ramai dan ketika itu hujan telah berhenti. Padang rumput basah dan air pada mulanya bertakung dengan banyaknya mula surut. Jelaslah sistem perparitan stadium itu sangat baik kerana pada masa yang singkat air telah surut.
Kebanyakkan orang ramai terdiri dari anak-anak muda samada lelaki atau wanita. Ketua Dewan Pemuda telah memberi ucapan dan mengalu-alaukan kehadiran pemuda-pemuda. Ucapan beliau pada mulanya dijangka pendek bertukar menjadi panjang kerana Ustaz Azhar Idrus tidak dapat sampai dengan cepat akibat kesesakan lalu lintas beberapa kilameter dari stadium. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sangat berterima kasih kepada anak-anak muda yang kini bersama-sama PAS untuk membuat perubahan besar kepada politik negara. Kehadiran yang ramai ini menunjukkan gelombang yang besar telah berlaku di kalangan orang-orang muda untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang ke 13 untuk menuju ke Putrajaya.
Setibanya Uztaz Azhar Idrus dengan memakai cemin mata hitamnya memberi kuliah, semua yang hadir memberi tumpuan dan fokus yang sepenuhnya kepada beliau. Inilah daya tarikan yang hebat dariUstaz Idrus kepada orang-orang muda. Hadirin tidak kering gusi mendengar jawapan-jawapan dari Ustaz Azhar di atas persoalan yang ditanyakan. Beberapa soalan telah menyentuh pilihanaraya dan antara jawapan yang diberikan ialah orang-orang muda hendaklah memberi undi atau memilih parti Islam.
Majlis tersebut berakhir sekitar jam 7.00 malam dan orang ramai mula bersedia untuk meneruskan program dengan Solat Maghrib dan Munajat. Kali pertama azan dilaungkan di dalam stadium tersebut setelah hampir 60 tahun ia dibina. Inilah satu sejarah bagi negeri Kedah apabila kerajaan PAS dapat memerintah. Sebelum ini tiada aktiviti seperti ini diadakan oleh kerajaaan UMNO/BN dan hanya dipenuhi dengan aktiviti seperti Bolasepak dan Sukan Olahraga sahaja.
Orang ramai sama-sama mengerjakan solat maghrib berjamaah dan diikuti denga solat hajat 4 rakaat untuk memohon kemenangan dalam PRU 13 yang akan datang. Doa yang dibacakan sangat menyentuh hati hadirin dan kemenangan datang dari pertolongan Allah. Harapan dan doa yang tulus ikhlas akan memudahkan kemenangan yang hendak dicapai ke Putrajaya. Seterusnya diikuti dengan solat Isyak secara berjamaah.
Kira-kira jam 9.00 malam, bilangan orang ramai makin bertambah. Semua tempat duduk stadium dipenuhi. Sekitar trek balapan juga dipenuhi oleh orang ramai dan juga padang. Stadium yang memuatkan sekitar 45,000 orang telah dipenuhi dan padang mula sesak dengan puluh ribuan yang lain apabila majlis bermula. Anggaran kehadiran 100,000 orang telah mencapai matlamat. Ramai yang tidak dapat masuk ke padang stadium kena sangat becak. Malahan mereka hanya menyaksikan himpunan itu di luat stadium yang disediakan skrin layar.
Dato Mahfuz Omar sebagai pengerusi majlis memulakannnya dengan laungan ke Putrajaya dan disambut oleh hadirin dengan satu suara yang menggemakan seluruh stadium itu. Laungan takbir bergema ke sluruh stadium dengan satu suara yang meremangkan bulu roma dan menaikan semangat orang ramai. Sungguh bersejarah buat PAS apabila kehadiran dan sambutan hebat terhadap program ini. Berbanding dengan UMNO yang cuba menghimpunkan ahlinya baru-baru ini gagal mencapai matlamat walaupun belanja yang banyak telah dikeluarkan. Ahli dan penyokong PAS yang hadir sanggup mengeluarkan belanja sendiri demi perjuangan Islam. Sambutan orang ramai ini menjadikan satu gelombang yang besar untuk merubah landskap politik negara. Ini menjadikan UMNO mengalami resah dan gelisah dengan sambutan terutamanya dari orang Islam Melayu kepada PAS.
Majlis berlangsung dengan ucapan-ucapan oleh bekas pengacara TV Hijrah dari Sarawak, artis Siti Aisyah, bekas Ketua Siasatan jenayah Polis, Dato Fauzi Shaari, SN Dato Samad Said yang mengdeklamasikan sajak untuk anak muda. Acara pengistiharan dan penyerahan borang kemasukkan PAS oleh Dr. Nik Mohd Zin bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi menyemarakan lagi majlis. dan ucapan Dato Presiden Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang menutup ucapan majlis diikuti dengan bacaan doa oleh Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Muryidul Am PAS kira-kira jam 11.45 malam.
Kami keluar dari stadium dan bergerak perlahan dalam kesesakkan orang ramai itu. Sebagaimana yang dijangkakan kami tiba ke hotel kira-kira jam 2.30 pagi walaupun kalau berjalan kaki hanya memakan masa satu jama sahaja. Bagi saya malam itu adalah satu malam yang sangat bersejarah buat PAS kerana sambutan yang sangat hebat dari ahli dengan penyokong-penyokong. Apakah ini sebagai satu tanda kemenangan
dalam PRU 13 dan jalan ke Putrajaya semakin hampir?. InsyaAllah....
Labels:
himpunan hijau
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA