Selamat Datang
Ahad, 24 Jun 2012
Lebih Seribu sertai Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya di Parit Buntar
Parit Buntar,24 Jun; Sambutan anak muda dalam himpunan Xpresi Orang Muda ke Putrajaya mendapat sambutan diluar dugaan. Program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Parit Buntar sebelum ini telah dicabar oleh Pemuda UMNO yang mengatakan bahawa tidak ramai anak-anak muda yang ingin menyertai dan menyokong himpunan tersebut.
Konvoi yang bermula di dataran rakyat di Batu Lima telah disertai oleh lebih 1000 orang pemuda-pemuda yang terdiri dari ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.
Konvor bermotosikal itu berarak melalui jalan Kuala Kurau itu disertai seramai 300 orang menuju ke dataran Pusat Tarbiyah MTD Kuala Kurau. Disana bilangan peserta yang menunggu hampir 300 orang, telah meneruskan perjalanan ke Markas Tarbiyah Sungai Betul Bawah.
Jumlah peserta ini bergabung dengan anak muda dari sekitar Tanjung Piandang yang meningkatkan lagi bilangan mereka menjadi lebih besar dan akhirnya mereka bergabung dengan kumpulan yang menunggu disekitar Bagan Tiang, Sungai Kota dan Titi Serong.
Konvoi yang dilakukan itu berjalan dengan adap dan akhlak yang tertib dan baik walaupun terdapat provokasi dari anak muda UMNO yang keluar ke jalan raya sambil memegang bendera UMNO/BN. Peserta anak muda dalam konvoi itu tidak mempedulikan provokasi itu sebaliknya meneruskan perjalanan dengan baik sehingga sampai ke Dataran Purnama di Kampung Kedah.
Himpunan ini telah dihadiri oleh Dr. Raja Iskandar AlHiss, Naib Ketua DPP Malaysia, YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar,Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak ,Hj Harun Hashim, YDP PAS Parit Buntar dan AJK Pas Kawasan serta AJK DPP Kawasan.
Selain daripada ucapan pimpinan, turut diadakan ialah pertunjukkan seni mempertahankan diri iaitu persembahan Seni Silat dan Takwando. Program telah berakhir pada jam 12 tengahari dengan jamuan makan.
Labels:
Xpresi Anak Muda
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA